22 April 2012

[VIDEO ]Panas!! Org Melayu Mengaku Makan Babi!!

Semangat betul pakcik ni bersyarah.. mule2 tu dah cantek pakai ayat Al-Quran.. dah ala2 ustaz Azhar Idrus pon ade.. masuk kat ujung dia bole ngaku makan babi lak bile kene provoke dgn puak yg satu lg.. ape2 pon kite bersangka baik la.. maybe masa dia muda2 dulu kot dia mkn babi.. skrg dah insaf kot.. ape2 pon kite layan video ni dulu. :)




21 April 2012

[Video] Panass!! Bukti Kakitangan JPN, SPR dan Anak ADUN terlibat beli undi Pelajar IPT




DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa, video tiga sedutan yang setiap satunya kira-kira 5 minit dan dirakam secara tersembunyi itu diterimanya beberapa hari lalu. 

Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka. 

"Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN. 

"Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti. 

"Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perkhidmatan DAP DUN Ayer Keroh hari ini. 

Rakaman itu kini tersebar luar di laman Facebook dan Youtube. Khoo juga mendakwa, dialog yang diucapkan dalam video terbabit juga mempunyai unsur perkauman yang mengatakan PRU kali ini tidak boleh dimenangi kaum Cina. 

Ditanya mengenai tindakan seterusnya selepas menerima rakaman terbabit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membuat laporan polis sebaliknya akan menyerahkannya kepada pemimpin Pusat DAP dalam masa terdekat - DCM


SKL: dengar sendiri je la perbualan dlm video kat atas.. senang2 je nak tukar alamat supaya bole menang undi... hancur la negara kalau pemerintah cmni... mode: FRUST!!

Panduan Untuk Jurugambar: Hukum Bergambar, Pra-Kahwin & Selepas Kahwin Menurut Islam

SKL: Setiap jurugambar/photographer wajib baca artikel ini. Zaman sekarang terlampau byk jurugambar yang amik gambar tanpa tau hukum dan batasannya... main snap je.. amik gambar x salah.. tp kene ikut garis panduan yg islam dah tetapkan la... so same2 la kita ingat memperingati :) 




SOALAN

Minta jasa baik Dr, untuk menerangkan trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-weddingatau selepas kahwin. Bagaimana pula pendapatan atau upah bagi jurugambar yang terbabit. Terima Kasih Dr.


JAWAPAN


Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:

أولم ولو بشاة

"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Pun begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.

Ringkasnya begini:-

1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gamabr yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

2. Bergambar selepas bernikah

Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-

a- Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.

Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah

Ùˆَلا تَبَرَّجْÙ†َ تَبَرُّجَ الْجَاهِÙ„ِÙŠَّØ©ِ الأُولَÙ‰

Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

b- Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.


1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)


Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)

Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.


Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.



UPAH JURUGAMBAR


Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.

Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

Sekian

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

SKL: Zaman sekarang ramai yg sibuk buat pelaburan emas.. yg buat offline ade.. yg buat online ade.. tp semua lebih kepada mengejar keuntungan semata2 tanpa tengok hukum2 dan syarat2 yg perlu dipatuhi di dalam islam.. semoga perkongsian artikel dibawah ini dapat menambahkan ilmu seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT.. InsyaAllah :)




Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Harga Belian (al-Thaman)
1. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.

Barang Belian (al-Muthman)
2. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

3. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.

Sighah

5. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

6. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

7. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi
10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.

Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh
11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)

c. Pembayaran secara cek peribadi

d. Pembayaran secara kad debit

e. Pembayaran secara kad kredit

f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.

Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.

Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani
15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.

Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Sumber: zaharuddin.net



Proton Preve Gagal Sewaktu Pandu Uji!!

aisehman.. baru congak2 nak bayar duit muke proton preve.. udah dpt gmbr preve tersadai... terus spoil mood aku.. kononnye preve ni tgh speeding 120kmph.. tup2 ade kete terkedek2 kat depen dia.. terus brek mengejut la si driver preve ni.. tgk2 rod tayar dah patah kekekeke... kate bertaraf global kununn.. harga pon dah dekat2 nak same toyota dgn honda... ini macam kensel la nak angkut preve... sambar vios lg bagus.. pada sahabat2 yg keje proton tu cube citer sket proton ni pakai komponen mane? blom abis warranty udah hancus? hehe.. ciowwwww

20 April 2012

Panass!! Zahida Rafik Jawab Skandal Dengan Shafie Apdal

akhirnya zahida rafik jawab segala tuduhan berkaitan skandalnya dgn shafie apdal kat twitter dia.. tp cam biase la.. jawapan cliche.. x ngaku hehehe... ape pon enjoy twitter Zahida rafik yg gua ambik dr ehgosip.com
sama2 la kite tunggu jawapan dari shafie apdal lak.. peaceeeee :)




19 April 2012

Panas!! Video & Gambar Gengster Serang Mahasiswa Di Dataran Merdeka






KUALA LUMPUR, 19 April: Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi, lapor KeadilanDaily.

Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.

“Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar,” kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.

Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.

Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.

Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan ‘bimbang keselamatan mereka terancam’.

Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.

“Sebaik saja keluar khemah akibat kekecohan itu, saya hanya duduk tanpa membalas cercaan mereka. Sebaliknya, mereka ambil dan campak cermin mata saya. Kia Meng di sebelah pula ditumbuk,” katanya.

Kamera Nurul Haniza Mohamad, 24, pula rosak selepas ia dirampas ketika dikerumuni lima atau enam samseng.

“Mereka tarik baju dan beg saya. Ada seorang tunjal kepala saya sambil menghambur kata-kata kesat,” katanya yang berasal dari Batu Arang, Selangor.

Seorang ahli Unit Amal PAS Batu, Mohd Kassim Abdullah, 24, pula ditampar dua kali, malah disiram air oleh sekumpulan samseng berkenaan.

Sungguhpun berdepan kekasaran samseng itu, semua mahasiswa dan kumpulan penyokong tetap bersemangat, malah membuat ketetapan untuk terus kekal berada di situ.

Sumber : harakahdaily

SKL: bagi aku geng mahasiswa ni ade salah.. dbkl ade salah.. polis pon ade salah... kot ye dorang buat salah tahan la mahasiswa/gengster tu.. ni aku tgk polis kat situ cam bg "green light" je gengster2 tu robohkan khemah2 tu... so ape perspektif org bile tgk polis buat cmtu? korang pon bole pk sendiri... emmm..

Ajaib: Budak Dilahirkan Dengan Enam Kaki









A newborn baby boy is fighting for his life in Pakistan, after being born with a rare condition that has left him with extra limbs.

The baby, who is thought to be one of parasitic twins, appears to have the extra limbs of his conjoined twin, who failed to develop properly.

Doctors are assessing the little boy, who has been moved to Karachi for treatment. They are considering asking for foreign help in the complicated operation to remove the extra limbs.

The baby’s dad Imran Shaikh has made a plea for help to fund his son’s treatment. The baby’s mum, who is also her husband’s cousin, is recovering from the caesarean birth in the family’s home town Sukkur, around 280 miles from Karachi.

“Operating on such a baby is not an easy task as proper assessments need to be done first,” explained Dr Jamal Razza, from the National Institude of Child Health in Karachi. “We need to figure out whether the baby has his twin’s limbs or his own. We also need to consider how much the internal organs have developed as the latter could complicate matters and decrease the baby’s chances of surviving.”

The rare condition is thought to affect fewer than one in a million babies.

sumber: yahoo.com


SKL: Kuasa Allah.. moga kita yg dilahirkan normal bersyukur seadanya.. cukup sifat!!

Ganjaran RM100,000 Jika Dapat Buktikan Datuk K Kahwin Lagi


10 Apr – Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk Khalid (Datuk K ) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin Zaitun Mohd Jiwa.

Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan khabar angin tersebut.

Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai bukti.

Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara; Dato' Siti Nurhaliza.

"Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut."

Katanya lagi, "Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan."

Datin Zaitun mempunyai hubungan yang akrab dengan Dato' Siti Nurhaliza selain dia menerima banyak peluang dalam menerbitkan drama untuk stesen televisyen swasta.

Sumber: yahoo.com.my

SKL: 100K tuu.. aku rase Datuk K dah kawen la.. instinct aku la hehehe.. kalau betul dah kawen pon ape salahnye.. tahniah la Datuk K.. bkn buat dosa pon.. :)

Kerabat DiRaja Johor Yang Pukul SonaOne Didedahkan?

17 Apr – Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden yang berlaku di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, dimana seorang pemuzik, SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae mendakwa dia telah dipukul oleh seorang kerabat diraja Johor sehingga menyebabkan dia cedera parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Identiti kerabat diraja Johor tersebut tidak diberitahu oleh Mikael Adam, namun menurut sebuah blog hiburan szlihin.com, penyampai radio Fly Fm, Hunny Madu telah memberitahu identiti kerabat Johor yang didakwa memukul Mikael Adam di laman Twitter-nya.

"Tunku Mishal Ibrahim (kerabat Johor), bashed Mikael Lozach repeatedly when he pulled him out of his car. Result: fractured cheekbones.#justice," kata Hunny di laman Twitter-nya.

Menurut Hunny Madu lagi, Tunku Mishal sebelum ini juga pernah memukul Hafiz Hatim (adik kepada Hunny Madu) yang juga merupakan penyampai radio Fly Fm di kelab malam The Rootz, Bukit Bintang pada tahun lepas.

"A year ago, same dude assisted to bash Abe up. Both happened at The Rootz. Thanks you T.Mishal. #justice," kata Hunny lagi.

Mesti ramai yang tertanya siapakan Tunku Mishal ini. Nama penuhnya ialah Tunku Mishal Sharin bin Ibrahim, dan dia sah merupakan seorang kerabat Diraja Johor. Sila lihat disini untuk kepastian,www.royalark.net.

Kes ini telah diisukan kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), dan TMJ memberi respon tidak mahu mengaku bahawa Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah dikatakan TMJ menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan.

Sumber: yahoo.com.my

SKL: Betul ke dia ni kerabat raja or dorang main hentam je? kalau betul elok la "kerabat" tersebut dihadapkan kemuka keadilan. kerana nila setitik abis susu sebelanga. takyah la pegi kelab2 malam dah.. buang duit.. buang masa.. nama baik family pon hancus.. sendiri mau ingat la derr.. DAULAT TUANKU

18 April 2012

Zahida Rafik Di Sponsor Menteri Beratus-ratus Ribu?


Kuala Lumpur : Desas-desus mengenai hubungan intim Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dengan Zahida Rafik akhirnya terjawab apabila, pemandu peribadi selebriti itu mendedahkan skandal menteri itu dalam satu laporan polis.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan perkara itu melalui laporan polis pada 13 Mac lalu di Balai Polis Daerah Ampang Jaya.

Beliau membuat laporan itu terhadap Zahida yang didakwanya membuat laporan palsu kononnya beliau melarikan wang milik Zahida berjumlah RM200,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.


SKL: aku tak heran sgt artis tu dpt duit beratus ribu dr menteri tu.. yg aku heran mane menteri tu dpt duit beratus ribu? kalau dah bole bg beratus ribu senang-senang sure savings dia juta juta jutaaaa... bak dialog jutawan fakir hehehe... aku pon nak jd menteri gak la :p

Untuk Dikongsi... Pengajaran Untuk Anak-anak Zaman Sekarang..





Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi.

“Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah.

“Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”

“Betullah Pah oii…….. saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

“Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei.

“Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

“Tapi bang………..”

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.

“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.”

“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.

“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.

“Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabun anti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

“Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….”
“Habis tu?”

“Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.”

“Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perkahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”

“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran.

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.

“Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.”

“Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.

“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.

“Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.

Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

“Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

“Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az…….. kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz.

Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..”

Sumber: Facebook

SKL: aku rasa ni la realiti anak2 zaman skrg.. semua fokus buat duit.. mak bapak kat kampung ambik peduli gitu2 je.. emmm.. sedih aku baca kisah ni... harap2 kite semua dapat ambik iktibar dari kisah ni.. speechless..


PTPTN: Haram caj lebihi kos sebenar!!


SHAH ALAM – Semua empat mazhab ulung sepakat bahawa kontrak perjanjian yang dikenakan caj perkhidmatan melebihi kos sebenar adalah haram.
Ketua Hal Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Kewangan Islam Antarabangsa (Isra), Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, melalui piawaian syariah adalah tidak dibenarkan bagi institusi pinjaman mengenakan peratusan yang tidak munasabah.
Katanya, caj perkhidmatan yang dikenakan mestilah mewakili kos sebenar perkhidmatan dan bukannya sekadar peratusan berasaskan nilai atau jumlah pinjaman yang diberikan.
“Skim pinjaman pendidikan mestilah bebas daripada unsur-unsur yang diharamkan syarak, terutamanya dalam konteks riba,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
“Malah, Majlis Syariah AAOIFI (Organisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) mengeluarkan resolusi yang jelas dengan menyatakan bahawa caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal.
“Piawai Syariah AAOIFI adalah seiring dengan Resolusi 13 yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa OIC. Ini bermakna sebarang caj yang dikenakan mestilah berasaskan kos pengurusan yang sebenar dan bukannya sekadar meletakkan peratusan seperti satu peratus, dua peratus atau tiga peratus daripada jumlah pinjaman.
Menurutnya, kitab syariah Al-Sunan Al-Kubra Lil-Baihaqi menjelaskan setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat bagi pemberi pinjaman adalah riba.
“Riba yang berkaitan dengan amalan memberi hutang dinamakan riba al-qard atau riba al-duyun. Hutang atau pinjaman tidak boleh dikenakan sebarang caj tambahan sama ada bersifat faedah atau perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata, Majlis Fatwa OIC dan Piawai Syariah AAOIFI membenarkannya apabila caj dikenakan berasaskan kos pengurusan sebenar tanpa terikat kepada nilai hutang peminjam. Maka caj tersebut boleh dikenakan kepada peminjam tanpa mengira jumlah atau nilai hutang yang diberikan.
“Ia tidak termasuk dalam pengiraan kos sebenar perkhidmatan pengurusan hutang seperti gaji pekerja, sewa tempat, aset dan pengangkutan serta perbelanjaan umum yang meliputi pengurusan institusi.
“Semua ini bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur riba yang diharamkan. Apa yang penting ialah elemen riba tidak boleh di kompromi sama sekali,” katanya.
Beliau berharap caj perkhidmatan dimansuhkan dan bukan memansuhkan pinjaman PTPTN, kerana ia adalah hutang yang perlu dijelaskan oleh peminjam.
Menurutnya, PTPTN tidak wajar dimansuhkan kerana ia boleh memberi manfaat kepada pelajar secara menyeluruh, berbanding skim biasiswa yang memfokuskan kelompok pelajar elit yang cemerlang akademiknya.
SKL: mansuhkan PTPTN pastu bg free kat semua rakyat Malaysia... Riba bole elak.. Pahala lg dapat :)

Sumber: Harian Metro Online

Peaceee

Arca Manusia Real Tahap Dewa!!

Sekali tgk mcm ori wooo... ngeri pon ade.. kagum pon ade :) utk makluman korang semua sculpture nih adalah hasil seni Ron Mueck seorang pengarca dari kota London. Cmne mamat ni bole mule buat sculpture yg realistik nih? Asalnye pada thn 90an Ron ni disuruh buat arca yg realistik dan dia pening menatang apa la dia nak guna utk bg nmpk semua arca dia real giler.. Ron dpt jawapannye bile dia pegi 1 pameran senibina.. jawapannya? 'Fibreglass Resin' since that semua arca dia adalah "fibreglass resin based" enjoy koleksi foto kat bawah ni... peaceeee :)





Pesanan Khidmat Masyarakat: Cetak Rompak Bagus Untuk Dunia

Sure ramai pmilik harta intelek kat luar sana marah siap maki berbakul2 kat aku sebab kata cetak rompak ni bagus hehehe... aku gurau je la derr :p tapi kalau kite tgk gambar kat bawah ni ade logiknye jugak.. bende2 yg "bole pegang" ni selalunye abis kat dlm tong sampah.. movie,mp3 bile kite dah bosan terus je delete.. nak lagik senonoh format satu hardisk hehe.. :p


Telur Yang Comey + Sadis + Lawak :

Erkk.. sekali tgk comey pon ade telor2 ni hehehe.. tp something for sure aku x sanggup nak pecahkan buat scramble egg or telur mata "buffalo" :p korang sanggup ke pecahkan? mesti la sanggup kan? tgh2 lapo ape lg mau kire.. kene plak dgn megi perasa ayam dgn kari perghhhhhh.. ape2 kite layankan pics kat bwh ni dulu :)


Hantar Kek Ni Kalau Korang Nak Cerai!!

Selama hari ni aku ingat org bg kek utk special occasion je cam birthday ke, kahwin ke, tunang ke, tak sangka ada org buat kek utk hari perpisahan dorang.. tapi harapnye korang xde la sampai bercerai-berai.. bergegar arasy oiiii... ni aku rase dorang buat kat negara barat.. org malaysia kan kaye dgn budi bahase & adat.. takkan nak bg kek cmni kan? kan? hehehe... ape2 pon enjoy pics kat bawah ni















11 April 2012

Rita Rudaini Bercerai


Kisah pergolakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Rita telah pun menerima SMS permohonan cerai daripada suaminya. Tambah menyedihkan, SMS tersebut diterima ketika Rita ketika hari jadinya yang ke 36.
rita rudaini cerai
Dalam SMS berkenaan Aidil menulis: “Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.” Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka. Kata Rita:-
Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya
Semoga Rita tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini.

Luahan Hati Seorang Guru

LUAHAN HATI SEORANG GURU - 2


Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Menteri Pelajaran Malaysia
Korang tengok mulut aku! Kepala Bu....lah korang ni semua.Bende kecik camni pun tak ble nak settle! Buat malu satu Malaya...


Buah tangan untuk Jamaluddin Bin Rahman



Jamaluddin Bin Rahman
Penolong PPD Rendah
Jamaluddin Bin Rahman, 'lu busuk punyer olang'. Daripada hari ini, lu punya 'medium paranormal' yang loklak selama ni boleh dibuang ke laut...babai


Hj Aminuddin Bin Adam
Gangguan dari Jamaluddin Bin Rahman melalui Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-Guru, kakitangan sokongan dan dia mendapat sokongan padu dan kuat dari pihak atasan iaitu, Pegawai Pelajaran Daerah JB, masa itu, Haji Aminuddin Bin Adam yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Murid) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Pendidikan Pencegahan Dadah KPM. Pegawai Pelajaran Daerah sekarang adalah Hj. Bahrom bin Ali. Pengarah Pelajaran Negeri Johor ( Dulu Hj Sufaat b. Tumin, ( dah dinaikkan pangkat ) sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pengarah Pelajaran yang baru adalah En. Mohd Nor Bin A.Ghani. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, dulu Tan Sri Alimuddin ( dah pencen ) dan sekarang Dato’ Sri Abdul Ghafar b. Ahmad.

Jamaluddin Bin Rahman hendak menunjukkan bahawa dia sangat berkuasa, jangan berani melawan dia, tengok apa dia boleh buat dan buruk akibatnya jika dia tak suka kita.Sehingga dia boleh mengambil tindakan sampai saya dibuang kerja. Bangga ke menutup pintu rezeki saya? Sekarang menang ke? Bahagia? Tenang dan tenteram ke? Boleh tidor malam ke? Halal ke gaji yang dimakan?

Tindakan Jamaluddin Bin Rahman terhadap saya seolah-olah saya sangat jahat dan teruk, macam saya seorang yang sangat-sangat bermasalah dalam Johor ni, ada guru yang mencabol murid pun tak diambil tindakan, malahan ditukarkan berhampiran rumah dan sekolah yang ada murid perempuan, saya? Ada guru-guru yang datang kerja sesuka hati, sekejap ada sekejap tiada, yang balik awal sebab buat kerja part time, yang tak buat kerja diberi dan banyak lagi..Ada tindakan pada guru-guru begini? Ada ke yang dah diambil tindakan tata tertib dan dibuang kerja?
KPM pernah benar-benar menyemak rekod saya? Tahu ke saya guru yang macamana? Tahu ke tugas-tugas dan bantuan yang pernah saya lakukan dan berikan?


Menteri Besar Johor
Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman

Ketawalah puas-puas bang..

Saya tidak berniat nak mengaibkan orang, tapi menceritakan kisah yang berlaku kerana saya mendiamkan diri dan telah bersabar selama 3 tahun 9 bulan. Sabar saya amat berkurangan apabila Januari2012 saya dibuang kerja. Sekarang sudah heboh mengenai perkara ini.
Siapa yang bersalah tidak diambil tindakan, dibela, ditukarkan berhampiran rumah dan ada yang malahan dinaikkan pangkat. Saya yang tidak bersalah, menjadi mangsa hasad dengki sehingga sakit dan cuba mendapatkan kebenaran kerana masih hendak bertugas seperti dulu, dikenakan teruk. Malahan yang paling saya tidak faham perbuatan salahlaku mereka dan Jamaluddin Bin Rahman ini mendapat sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Apabila saya senyap-senyap mengambil tindakan undang-undang kerana sudah tak tahan dengan serangan yang bertubi-tubi dan untuk membetulkan perkara, Jamaluddin marah dan semua pihak atasan menyokong dia dan menjadi gangnya. Sepatutnya membetulkan perkara, mengambil tindakan pada yang salah, tapi apa yang berlaku ialah dia dibela oleh Peguam Negara. Saya yang sepatutnya dibela, yang teraniaya dan tak bersalah ni, tapi sebaliknya pula berlaku. Bukan nak menyebut, tapi mari bandingkan Sijil yang saya ada dan jasa-jasa yang telah dilakukan pada KPM.


Hj Sufaat Bin Tumin, bekas Pengarah Pelajaran Johor.
Dua kali Puan Fauzia jumpa mamat ni minta tolong, dia tak bantu pun. Tapi sekarang naik pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah bahagian Peperiksaan.
Lu apa kes bro?
Saya tak pernah minta balasan pada jasa-jasa saya walaupun ada kawan2 yang dah jadi Guru Besar, tapi janganlah buat saya macam orang tak berpelajaran. ( Klik: Nota Pengalaman)
Buat pengetahuan, saya telah menang peringkat pertama saman saya, Peguam Negara bersama KPM yang nampak dengan jelas apa yang berlaku tetap nak menang juga dan membuat rayuan di peringkat Mahkmah Rayuan. Tak apalah saya masih yakin dengan sistem keadilan dan perundangan Mahkamah Malaysia.

Kepada Guru-guru, orang-orang PPD dan JPN jika nama tidak disebut, tidak perlu terasa, tapi jika terasa, bukan salah saya. Kepada yang masih tak boleh berfikir, mendengki dan memburukkan2 saya, teruskan, nak beri saya pahala kenapa saya nak tolak. Tapi saya pasti bahawa guru bijak, pasti boleh berfikir dan faham. Dan yang penting, Insyaallah selepas ini guru lain tidak akan kena seperti saya.

Ini adalah sebahagian dari kisah saya. Sambungan dan versi Bahasa Inggeris akan dikeluarkan di masa akan datang. Insyaallah…

HARAPAN SAYA
1) Jangan ganggu saya terutama di dalam saya menghabiskan Pengajian Masters saya dan jangan ganggu keluarga saya.

2) Saya mengambil tindakan undang-undang pada mulanya untuk membetulkan perkara, tapi sekarang saya hendak gantirugi yang setimpal untuk meneruskan hidup saya dan keluarga.

3) Selama ini saya mengambil tindakan senyap-senyap, tapi sekarang saya akan berhabis-habisan demi mendapat keadilan.

4) Jika KPM telus, jujur dan amanah, mohon diambil tindakan terhadap yang bersalah. Jika saya sampai dibuang kerja, saya rasa KPM mengerti maksud saya. Itu pun jika KPM berani dan tidak takut dengan Jamaluddin Bin Rahman.

10 Jun 2008 :

-Diarahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru (PPDJB) dan mengambil surat pertukaran dari Jamaluddin Bin Rahman (Penolong Pegawai Pelajaran (Rendah) Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru). ( Dia lah punca kepada segala2nya ).

-Siapakah Jamaluddin Bin Rahman ini?
Gred dia DGA34 (bukan siswazah dan sama rank dengan Guru Besar sekolah rendah yang tiada ijazah, malah lebih rendah lagi kerana ada Guru Besar Cemerlang yang Gred DGA38), sedangkan yang layak duduk di tempat dia adalah DG44 iaitu orang yang mempunyai Ijazah dan sudah sepuluh tahun bekerja sebagai siswazah. Tapi kuasa dia sangat tinggi kerana semua guru, Guru Penolong Kanan, Guru Besar dan kakitangan takut dengan dia. Dia Penilai Pertama di dalam memberi markah kepada Guru Besar dan Penilai Kedua kepada Guru Penolong Kanan, dalam ertikata lain nasib guru-guru di dalam tangan dia.

Dulu dia pernah bertugas di bahagian buku teks di Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) tetapi kemudian ditukarkan semula ke sekolah. Kenapa? Dia tau kenapa.

-Surat bertarikh 01Jun2008 (backdated). Ditukarkan sebagai pertukaran Setara ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama (SKTTU) iaitu masih sebagai Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1). Saya telah menjadi GPK 1 sejak sekolah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2 (SKTSB 2) dibuka iaitu Januari 2004.

- Sangat terkejut kerana ditukarkan dan apabila bertanya, dia menjawab, “Tak pe, pergi aje lah”
-Saya rasa tidak sedap hati dan seperti mengetahui ada yang tidak kena. Saya beropsyen Bahasa Inggeris dan terdapat kekurangan Guru Bahasa Inggeris jika saya ditukarkan. Rupa2nya saya ditukarkan kerana adanya Petisyen ( akan saya terangkan ).

- Menghubungi En. Pandak bin Ahmad, sewaktu itu Ketua cawangan UMNO Gelang Patah memohon bantuan mengenai perpindahan. Beliau memberi sokongan kepada saya.
11, 12 &13 Jun2008

- Saya masih pergi ke sekolah lama SKTSB 2, masuk ke kelas Tahun 6 dan mengajar Bahasa Inggeris seperti biasa kerana tarikh UPSR sudah hampir iaitu pada awal September dan hanya tinggal lebih kurang 3 bulan. (Saya mengajar Bahasa Inggeris sejak saya mula mengajar iaitu tahun 1989 sehingga 2008 di sekolah ini).
16 &17 Jun 2008

- Pergi ke klinik dan diberi 2 hari cuti sakit kerana tidak sihat dan telah mula mengalami tekanan (stress).

18 Jun 2008

- Menyerahkan sijil cuti sakit kepada Pembantu Tadbir SKTSB 2, tetapi katanya Encik Jamaluddin mengarahkan supaya sijil ini diserahkan di Sekolah Taman Tampoi Utama (SKTTU) iaitu sekolah yang saya ditukarkan.

19 Jun 2008

- Mesyuarat Pengurusan di SKTSB 2, di mana guru dan kakitangan membuat pilihan dan menandatangani pilihan umur persaraan dari 55 atau 56 ke 58. Saya tidak dipanggil langsung. Borang di atas nama saya masih ada, tapi bila ditanya Pembantu Tadbir, katanya, Jamaluddin Bin Rahman mengarahkan supaya saya menandatangani di SKTTU nanti.

Jun 2008

- Meminta bantuan dari National Union of Teaching Profession (NUTP). Menelefon Mr Tay, setiausaha, dia beritahu jangan lapor diri. Setelah berjumpa seorang AJK, diterangkan akan dibantu dan NUTP sibuk dengan mesyuarat yang terdekat. Apabila melapor diri Julai 2008, seseorang dari ibu pejabat NUTP menelefon, saya terangkan saya dah lapor diri. Saya pun dah tak tahu nak buat apa. Dipendekkan cerita NUTP e mail kata nak bantu, saya kata tak perlu lagi. Jadi NUTP, jangan keluarkan di surat khabar, kata yang saya sepatutnya minta tolong nya.

17 Jun 2008
Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) baru melaporkan diri ke SKTSB 2. Saya memang telah tidak duduk di bilik selepas seminggu mendapat surat pertukaran. Saya banyak masuk ke kelas dan selebihnya duduk di perpustakaan.

26 Jun 2008

- 2 orang Penyelia PPDJB, datang ke sekolah, ingatkan nak bantu, rupanya suruh saya bertukar. Di dalam bilik Guru Besar, terdapat 4 orang termasuk GPK 1 SKTSB2. Saya diberitahu bahawa nama saya sepatutnya menjadi Penyelia Petang di SK Bakar Batu, (jadi konon2nya saya ditukarkan dekat kerana mereka baik).

- Kemudian timbul cerita oleh Penyelia ini bahawa ada guru lelaki mengatakan bahawa jika diikutkan hati nak tumbuk muka saya. Apa hal pulak ni?? Saya tidak pernah menjatuhkan maruah guru, jika mereka tidak masuk kelas, saya kena tegur kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah buat saya. Teguran pula dibuat secara am sewaktu mesyuarat. Jika ada kes berat, ada yang asyik main handphone dalam kelas, tak datang sekolah, banyak2 hal lagi, tak tanda buku sampai mak bapak asyik komplen, saya panggil masuk bilik dan tegur. Guru jenis apa nak tumbuk orang? Apa pihak PPDJB buat? Buat tak tahu? Sepatutnya panggil saya dan guru tersebut, kita tengok siapa betul dan siapa salah. Senang saya terangkan perangai guru2 di SKTSB 2. Apa tindakan PPDJB pada guru yang macam gangster nak tumbuk orang, perempuan pulak tu.? Siapa yang gangster sekarang ini? Sanggup ke ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah untuk bergurukan gangster? Terbina ke sahsiah dan moral anak-anak agaknya?

Setelah beberapa bulan saya dapat tahu siapa guru ini. Pada tahun 2007 saya sedikit perasan akan permulaan perubahan guru-guru, setiap pagi hampir semua jadual guru lelaki termasuk 2 penolong kanan lelaki dilapangkan dan mereka sarapan. Pada satu hari, apabila saya bagi jadual ganti, guru ini mengamuk dan menulis perkataan lucah di dalam bahasanya di buku relief. (Guru ke ni?) Saya checked, dia tak pergi ganti, saya pergi ke kantin,5 guru lelaki sedang ketawa beramai-ramai. Saya tidak tahan lagi dan menelefon Jamaluddin Bin Rahman, dia datang, masa ini dia masih baik lagi dan menyebelahi saya.

-Penyelia PPDJB meneruskan dengan mengatakan bahawa saya menyuruh guru membuat assignment (Fitnah). Jika benar, kenapa baru sekarang perkara ini timbul? Kenapa tak settle kan dari dulu? Sekarang mereka cerita nak tunjukkan saya jahat dan mencari alasan untuk pindahkan saya. Cerita pasal assignment, saya menjawab,”Sorry, assignment saya 95% dalam English, so guru boleh tolong saya ke?” Berapa kerat sahaja guru English kat sekolah ini. Saya bantu assignment guru adalah, Contohnya, Norazah sampai datang rumah waktu malam minta saya translate assignment Bahasa Melayunya ke English. (Tapi yang sedihnya, dia berada di Majlis Solat Hajat sewaktu yang membuat Petisyen).

Lagi pun tak payah lah nak cerita pasal assignment. Ada guru belajar dalam kelas, bagi murid kerja, dia baca buku. Guru lelaki SKTSB 2 datang petang, buka Makmal Komputer, bawa anak dan isteri yang sedang buat Ijazah, buat assignment. Tak ada cerita pun. Kenapa sakit benar hati dengan saya yang dah dapat Ijazah ini? Sekarang saya buat Masters (Master in Teaching English as Second Language (TESL)), lagi sakit hati ya. Takut saya lagi tinggi dari awak ke? Beginilah ya, kata Nabi Muhammad, ‘Tuntutlah Ilmu sehingga ke Negara Cina’, jadi pergilah belajar supaya tak dengki pada guru-guru yang belajar. Jika tak nak belajar, sebab tau belajar kan susah dan penat, JANGAN DENGKI kat orang yang belajar ya.

-Petang itu juga, saya pergi ke Pejabat Menteri Besar dan berjumpa dengan Setiausaha kanan MB iaitu Tuan Haji Lokman. Setelah mendengar perkara dan masalah yang berlaku dia menghubungi Kementerian Pelajaran Malaysia dan menghantar surat.

-Akhirnya saya ketakutan dan tidak pergi lagi ke SKTSB 2. Saya tidak bertukar kerana membuat rayuan kepada beberapa pihak termasuk menghantar 3 pucuk surat kepada Menteri Pelajaran waktu itu Dato’ Sri Hishamuddin, tapi tiada jawapan.

8 Julai 2008

- Hasil dari bantuan Hj Lokman, saya mendapat surat dari Dato’ Dr. Azmi, Kementerian Pelajaran Malaysia, yang memohon kepada Pengarah JPNJ agar permohonan saya diberi pertimbangan yang sewajarnya dan dapat kiranya memaklumkan keputusan kepada saya, namun masih tiada sebarang tindakan atau respon langsung daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ).

Julai 2008

-Beberapa ibu bapa telah menulis surat kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), antara isinya memohon supaya saya jangan dipindahkan. Bertandatangankan Naib Pengerusi PIBG dan Pengerusi PIBG., surat ini saya hantar bersama dua lagi rayuan kepada Dato’ Sri Hishamuddin, tapi juga tidak mendapat balasan.

18 Julai 2008

Makcik dan abang ipar saya pergi menemui Jamaluddin Bin Rahman di PPDJB kerana makcik mengenalinya, pernah satu sekolah dahulu. Dia melayan makcik begitu baik dan mengatakan bahawa dia tidak tahu bahawa saya rupa-rupanya anak saudara kepada makcik. Dia juga bercerita bahawa Guru SKTSB 2 ada membuat Petisyen (masa ni pertama kali saya dengar mengenainya, saya amat terkejut). Di antara butiran percakapannya adalah :

1. Dia mengatakan bahawa saya degil dan berani kerana menggunakan banyak
cara membuat rayuan termasuk menggunakan pengaruh politik.

2. Ada seorang guru lelaki mengatakan,” Nasib baik dia tu perempuan, kalau lelaki, dah lama aku tumbuk “

3. . Pengarah telah bertanya kepadanya kerana ada pihak ibu bapa yang menelefon dan memarahi Pengarah tentang kenapa saya ditukar. Dia juga terpaksa menjawab surat dari berbagai pihak.

4. Dia berjanji untuk membantu dan menyuruh saya melapor diri dahulu ke
sekolah baru dan dia akan menukarkan saya semula. (sebab kenal makcik saya, baru nak tolong ke?)

21 Julai 2008

Saya pergi ke PPDJB dengan harapan yang tinggi. Niat saya untuk selesaikan perkara sebab saya nak mengajar dan kerja macam dulu lagi. Walaupun dulu saya selalu balik petang terutamanya sewaktu Menjalankan Tugas Guru Besar, saya letih tapi saya tak kisah, bahagia dan gembira. Ikhlasnya, mengajar memang datang dari hati saya sendiri

Dia memanggil saksi iaitu Penyelia Mohd Shah bin Abu Bakar (kemudian menjadi Guru Besar SKTTU 2009). Ketika kami bertiga berada di dalam bilik dan dia pun memulakan perbualan dengan suara yang tinggi dan kasar. Anak saudara yang menemani saya ke PPDJB Cuma tunggu di luar pintu bilik yg tertutup, tetapi dapat mendengar suara Jamaluddin dan butiran-butiran yang dikatakannya. Dia terus keluar dari bilik tersebut dan menelefon ibunya sambil menangis,

“Mama, I tak tahan dengar Khala (makcik) kena marah”. Bukan dia sahaja yang dengar, malah ramai pegawai lain yang terpaku di dalam bilik mendengarkan cara percakapan Jamaluddin yang amat kasar

Antara perkataan Jamaluddin Bin Rahman:

1) Ada tandatangan guru-guru. Dia tidak menyebut Petisyen tapi itu lah yang sebenarnya. Tapi dia seboleh-boleh tidak mengaku dan berdolak-dalik adanya Petisyen.

Penjelasan:

Pada mulanya saya tidak tahu ada Petisyen, tapi kemudian saya bertemu dengan guru SKTSB2, yang meminta maaf akan perbuatannya dan bercerita bahawa Petisyen itu dilakukan di Surau SKTSB2 bulan Ogos 2007, waktu itu saya berkursus di Melaka. Guru-guru sembahyang dan mendoakan anak murid untuk UPSR tapi buat Petisyen memfitnah saya selepas itu. Makbul ke doa untuk anak murid tu?

Petisyen kadang-kadang memang berlaku kepada GPK dan Guru Besar. Tapi untuk menunjukkan betapa jahatnya saya, setiap guru diberi sekeping kertas untuk memburukkan saya. Tapi saya tahu guru-guru ketakutan kerana hanya disuruh seseorang. Pelik ya, di mana Guru Besar yang tadi bersembahyang bersama-sama guru ya? Apa Guru Besar iaitu Hajah Rokiah Bt Jamil buat ketika itu? . Sedangkan dia hadir pada Majlis Solat Hajat tu? Ke Hajah Rokiah turut membantu? Tanyalah diri sendiri? Beginilah, jika Hajah tak terlibat, saya cabar sumpah dengan Al-Quran dan bersihkan nama Hajah, kita jadikan Allah sebagai saksi. Selebihnya kita tunggu saja ganjaran masing-masing di Akhirat.

Kebetulan pula ya, sebab pada bulan Mac 2008 Hajah telah dinaikkan pangkat menjadi Penyelia di bahagian akademik di Jabatan Pelajaran Negeri Johor lagi.

PROSEDUR: Petisyen hendaklah ditunjukkan kepada orang yang dipetisyen. Iaitu menunjukkan kepada saya supaya saya dapat hak asasi untuk bela diri. Dalam Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan ‘adil’ ni menggunakan prinsip bahawa seseorang berhak untuk membela diri,.mungkin KPM tak tahu kot? Bukankah hak untuk didengar dan membela diri hak yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia? Jika saya diberi hak ini, dapat lah saya menerangkan perangai guru-guru di sekolah, tak tanda buku, tak masuk kelas, main handphone, tak mengajar, tak siap tugasan lain yang diberi, tak buat dan tak hantar buku rekod, tulis tulisan lucah pada saya kerana tidak mahu masuk kelas, tak hadir tanpa kenyataan, berkira kerja dan banyak lagi. Saya pernah pergi berjumpa Hj Misnan di JPNJ membincangkan mengenai guru-guru, yang paling teruk dan ada 4 fail yang saya bawa. Tapi apa yang berlaku ialah guru-guru ini dibela dan tidak diambil tindakan langsung. Jadi guru-guru di Malaysia, jangan takut, jika tak puas hati dengan GPK yang hendak menjalankan tanggungjawab, atau Guru Besar, tulis saja Petisyen, anda tak akan kena apa-apa, cuma GPK atau GB yang akan dipindahkan.

Seronok kan? Ini lah yang berlaku di Johor Bahru ini. GPK, JANGAN berani tegur Guru walaupun cara baik seperti yang saya lakukan,nanti kena pindah, dianiaya, difitnah, dijatuhkan maruah, dipotong gaji dengan kejamnya, tak naik gaji dan macam-macam lagi.

Petisyen terhadap saya ini ditunjukkan kepada beberapa orang kecuali saya. Tapi Jamaluddin Bin Rahman masa itu tetap menafikan perkara tersebut dan berbuat seperti Petisyen itu tak wujud. Dia tak bagi saya peluang membela diri, memindahkan saya dan menipu dengan mengatakan bahawa pertukaran saya adalah setara,atau maksudnya biasa.

2) Jamaluddin Bin Rahman berkata saya bergaduh dengan guru, saya pun tak tahu bila masanya dan macam-macam lagi yang dia cakap.

3) Dia mengatakan bahawa sebelum ini dia tidak mencari kelemahan saya, tapi akan berbuat demikian selepas ini.

4) Yang paling teruk, dia mengugut bahawa jika saya degil dan tidak melapor diri ke sekolah baru (SKTTU), dia sendiri akan ke sekolah lama (SKTSB 2) dan minta guru-guru buat tandatangan baru. Bermakna dia akan suruh guru buat satu lagi Petisyen. Macam ini ke perangai seorang pendidik? Dia pula yang jadi tidak berpelajaran dan sudah jelas dia meyokong mereka. Jadi GPK dan Guru Besar di Johor Bahru, jangan berani jalankan tanggungjawab, biarkan guru nak buat apa pun.

Julai 2008

-Duduk di rumah kerana terlalu sedih dan mula mendapat gangguan emosi.

25 Julai 2008

Akhirnya setelah tiada jawapan dari mana-mana pihak, saya melaporkan diri ke SKTTU. Di sini bermulalah penyeksaan saya selama hampir 4 tahun. Jamaluddin Bin Rahman melancarkan serangan kerana padanya saya melawan dia, padahal salah satu punca adalah saya stress dan semestinya ia adalah satu penyakit yang tidak diminta. Saya juga terpaksa berjuang kerana saya tak boleh berada di sekolah baru. Saya amat tertekan dengan perbuatannya, jadi oleh kerana dia tak berhenti menganggu saya, saya kena berjuang.

Saya dapati di buku kedatangan guru, pada 11 Jun 2008, nama saya telah dicatat sebagai Tidak Hadir Tanpa Kenyataan. Sedangkan Surat Pertukaran hanya diterima pada 10Jun2008.
-Pada waktu ini saya ke SKTTU, guru-guru memberi pandangan yang agak pelik, tapi mereka menghormati. Rupa-rupanya sebelum saya datang, ada guru mengeluarkan kenyataan di mesyuarat pada lebih kurang 35 orang guru, “ Encik Jamaluddin pesan supaya berhati-hati dengan Puan Fauzia.”. Sampai macam tu sekali menjatuhkan maruah saya? Jahat sangat ke saya ni? Patutlah guru-guru takut dan lagi pun pada waktu ini cerita saya dah tersebar merata-rata. (Saya dengar dari kawan-kawan dan list di antaranya dibawah ini).

1) Mesyuarat GPK 1, semua kenal saya kerana masa tu (Jun2008), saya dah 4 tahun setengah jadi GPK1. Lagipun cuma 2 GPK 1, yang tidak pakai tudung. Jamaluddin Bin Rahman berkata, “Pujuk-pujuk lah kawan awak Fauzia tu suruh pergi sekolah.

2) Membincangkan hal saya di Mesyuarat Guru Besar. Dahlah ramai Guru Besar kenal kerana saya pernah menjalankan tugas Guru Besar selama 1 tahun 3 bulan dan oleh itu, selalu menghadiri taklimat, mesyuarat dan juga kursus Guru Besar.

3) Mengingatkan Guru Besar supaya cepat mengambil tindakan jika guru tak hadir, takut jadi macam Fauzia. Apa niat dia sebenarnya? Semuanya kerana dia ada kuasa yang Allah amanahkan di dunia ini.

4) Taklimat di beberapa sekolah bercakap mengenai saya,dengan bangganya, ‘ Dia tak pergi sekolah, saya potong gaji dia. Guru-guru pun ramai mengenali kerana saya adalah Jurulatih ETeMS dan Jurulatih sukatan Sains. Saya pernah juga menjadi Fasilitator Jadual Spesifikasi Item Sains. Saya juga pernah memberi ceramah mengenai cara menjawab soalan Bahasa Inggeris UPSR kerana saya terlibat selama 7 tahun sebagai penanda biasa dan 3 tahun sebagai Ketua Pasukan.

Selepas saya ambil tindakan undang-undang supaya dia berhenti mengganggu saya:

1)Taklimat di SK Bukit Mewah JB, dari pukul 2 hingga 5. “Dia saman saya, ingat saya takut ke?” Dia bercakap mengenai saya sampai ada guru menyarankan saya mengambil tindakan undang-undang menutup mulut dia kerana dah tak tahan asyik bercakap mengenai saman. Saya tak boleh menutup mulut dia, tak apalah, satu hari nanti mulut dia akan tertutup juga kan. Allah tu Maha ‘Adil kan?

2) Jamaluddin Bin Rahman bercerita bahawa dia kena saman (dengan bangganya) dan berkata bahawa dia boleh meminta RM1 dari semua guru dan kakitangan untuk bayar saman. Berkuasa betul kan? Tapi memang dia dibela oleh Bosnya, JPNJ dan KPM.

KENAPA JAMALUDDIN TAK BERCERITA SEBENAR MENGENAI PETISYEN DAN SIAPA YANG MELAKUKANNYA?

NOTA:
Dia bercerita merata-rata mengenai saya, Apakah hukum menjatuhkan maruah orang ya? Kita ni kan guru, pendidik, dia pun dulu guru, lepas tu Guru Besar walaupun sekolah rendah. Kerana dia macam-macam cerita yang didengar,ditambah dan timbul fitnah pula. Kesian guru-guru, penat mengajar cari pahala (entah dapat ke tak), mengata, mengumpat dan memfitnah saya pulak. Adalah tak sampai 5 guru yang benar-benar bertanya cerita sebenar. Yang lain tukang tokok tambah. Bila nak minta maaf dengan saya? Saya bagi contoh:

1)Seorang guru yang tidak pernah bekerja dengan saya mengeluarkan kenyataan pada guru lain, “ Ingatkan Fauzia tu OK, rupa-rupanya teruk”. Buat pengetahuan, guru ini pernah bergaduh dengan seorang ibu, sampai polis datang ke sekolah.

2) GPK HEM di sebuah sekolah, (dia sebenarnya salah orang dan tak kenal saya) baru dapat cerita dari GPK 1 nya, terus pergi ke Bilik Guru dan menjerit pada guru-guru lain “Eh you all nak dengar cerita tak pasal Fauzia?” Guru lain bertanya,”Fauzia mana?”. Dia menjawab, “Ala Fauzia yang rambut macam perempuan kabaret tu”. Saya tengok rambut saya hitam dan elok aje, tapi sepatah kata kawan saya, dia ingat dia boleh cakap orang macam itu ke, dan mulut dia yang macam perempuan kabaret. Rupa-rupanya dia ada masalah rumahtangga. Lebih baik settlekan masalah dulu ya cikgu. Tapi memang yang banyak mengata saya kebanyakannya bermasalah, bayangkan berapa ramai guru begini memlepaskan marah pada orang lain dan yang pasti anak murid mesti kena.

3) Guru Besar bertanya pada seorang guru SKTTU mengenai saya, bila Guru itu menjawab, tak tahu,dia kata, “hai takkan lah tak tau,orang macam Fauzia tu tak nak kerja berhenti saja lah”. Kesian sangat guru-guru SKTTU, selalu ditanya mengenai saya apabila mereka pergi taklimat atau kursus.

Yang paling saya sedih, anak saya di sekolah pun ada beberapa guru tanya, “Mak pergi sekolah ke?”. Serba salah dia nak menjawab, malu pun ada depan kawan-kawan. Cikgu, janganlah tanya dia pasal saya, saya tak kongsi masalah dengan anak anak yang ada kat rumah ni. Dia pun bukan faham sangat. Saya tak mahu susahkan mereka, biarlah saya dan suami yang tanggung. Janganlah lepas ini guru-guru ini marah pada anak saya dan saya harap tiada lagi soalan pada dia. Kasihanlah dia Cikgu, dia tak bersalah, ingat anak-anak dan anggap macam anak Cikgu ya. Allah sahaja akan membalas budi baik Cikgu di Akhirat nanti.

Guru-guru, saya mintak, sebelum nak mengata atau memfitnah, selesaikan dulu masalah anda, kaji betul-betul, mesti anda ada masalah, mungkin tak cukup kasih sayang ke. Ada Guru Besar yang maki anak murid dengan perkataan seperti bodoh dan lucah. Itu pun bukan sekali, tapi setiap kali masuk kelas, tak pulak kena apa-apa tindakan. Sama ada ibu bapa tak komplen (pelik kerana sanggup biar anak sekolah dengar begitu) atau PPD dan JPNJ cuma mendiamkan diri.
Ini adalah sebahagian daripada contoh kata-kata orang yang sepatutnya berpelajaran terhadap saya. Takpelah, ini hari saya,esok lusa hari awak atau keluarga awak. Mereka tak bantu, saya tak kisah, tapi mengata dan memfitnah, itu yang buat saya sangat-sangat sedih. Kawan saya di kalangan guru-guru termasuk yang rapat pun menjauhkan diri, bila tiba-tiba contact pun rupanya untuk minta tolong buat assignment English. Selepas saya tolong, terus menyepikan diri lagi. Ada seorang lagi pun contact kerana nak minta tolong, lepas ditolong, menyepikan diri jugak. Tak apa lah, masa ini saya tahu, siapa kawan dan siapa bukan.

Kumpulan GPK pun tak mempedulikan saya kerana mereka takut dengan Jamaluddin Bin Rahman. Satu hari saya dengar ramai-ramai pergi ke Pontian melawat seorang GPK yang sakit, saya bukan dengki pada GPK tu, tapi saya sedih kerana saya yang dekat pun tiada seorang pun peduli. Besar sungguh dugaan Allah berikan kepada saya, tapi saya redha.

28 Julai 2008
Menyerahkan Medical Certificate bulan Jun pada Pembantu Tadbir,Delima ( yang tidak diterima di sekolah lama). Delima beritahu Jamaluddin tak bagi terima.

Menyemak gaji bulan Julai, tiada. Tiada surat atau makluman dari sekolah mengenainya. Bila menyemak gaji bulan Ogos, tiada juga. Tiada juga surat atau makluman dari sekolah mengenainya. Saya diberitahu bahawa gaji September juga mungkin diarahkanuntuk ditahan, saya kata, tahanlah, kitakan orang Islam, dia lupa yang kita nak sambut Raya? Tak apa, buatlah..tapi tak jadi pula, gaji September ada.

Ogos 2008
Bukankah saya dah beritahu bahawa serangan akan dilakukan?

Mendapat surat dari Guru Besar SKTSB2, Tay Tong Aik yang hanya ditukarkan ke situ pada Mei 2008, memaklumkan bahawa saya mempunyai hutang kerana tidak hadir beberapa hari dari tahun 2004 hingga 2008 sewaktu saya di situ dan telah mengambil gaji bulan Julai dan Ogos untuk bayaran, malahan saya dikatakan terhutang lagi.

1) Di surat juga dikatakan kenyataan tidak hadir disertakan, tapi tiada.

2) Masalahnya setelah potongan dibuat baru saya diberitahu walaupun prosedur harus memberikan notis kepada saya sebelum pemotongan.

3) Bila saya bertanya Pembantu Tadbir SKTSB2, untuk melihat fail saya, dia kata fail saya pada Jamaluddin Bin A. Rahman.

4) Ditulis saya tak hadir pada 2004, termasuk waktu saya pergi kelas OUM pada hari Sabtu dan peperiksaan. Dalam pengetahuan saya, saya mempunyai Kebenaran Belajar dari KPM, ramai guru yang tak mohon kebenaran belajar,jadi belajar secara tak sah,jadi kenapa gaji mereka tak dipotong selama 4 tahun belajar? Mereka tak kena apa pun dan boleh saja pergi kelas, dan yang paling menarik sekali ialah JPNJ luluskan cuti tanpa rekod mereka. Ambillah tindakan pada mereka semua ini jika benar telus dan berani.

5) Saya pergi ke JPNJ, Unit perkhidmatan dan meminta Kenyataan Cuti saya dari tahun 2004 hingga2008 kerana saya tahu tiada masalah dengan kedatangan saya. Kerani yang ‘in charge’, Zamri mengelak-mengelak untuk memberi. Kali kedua saya pergi, pun sama juga, tak apalah saya dah faham, mereka memang tak nak bagi.

6) Ini yang paling KELAKAR, 2004, yang digembar-gemburkan saya tak datang, saya menadapat ANUGERAH CEMERLANG buat kali kedua. Yang pertama pada tahun 2001. Jika berani ambil lah balik Anugerah tu. Jadi mana satu ni, saya teruk ke Cemerlang? Mereka sendiri berbelit2 dengan kenyataan mereka.

NOTA:
Sewaktu saya bertemu dia di PPDJB, dia telah mengatakan akan mencari kelemahan saya dan ini lah yang dilakukannya dan banyak lagi. Dia sengaja mereka-reka cerita menunjukkan yang konon-kononnya dari tahun 2004 saya jahat dan bermasalah. Jika benar, kenapa biarkan saya di sekolah itu sehingga menjalankan tugas Guru Besar di mana nasib sekolah di tangan saya?? Cuba semak kembali keputusan akademik sekolah semasa di bawah jagaan saya, terutama keputusan UPSR yang baik .

Julai 2008

Pergi ke klinik dan bercerita kepada Doktor yang sangat baik hati. Saya memang mendapatkan rawatan, jika perlu, dengannya dari tahun 2004 lagi, dia tahu perangai saya. Saya kata saya dah OK, dah pergi sekolah dan nak pergi konvokesyen. Tapi masa ni air mata saya mengalir-mengalir, amat tertekan dan sedih. Doktor kata, “You tak OK ni, pergi hospital ke Unit Psychiatric untuk dapatkan bantuan ya”. Saya tidak mahu kerana selalunya unit ini dikaitkan dengan orang kurang siuman atau gila. Doktor mengatakan itu adalah anggapan yang salah dan akhirnya saya setuju dengan mendapat surat dari doktor dan memandangkan tidak mendapat bantuan dari majikan, kaunselor PPD mahupun JPNJ, malahan serangan, gangguan dan kutukan yang menyebabkan saya tertekan. Buat pengetahuan, saya mengenali ramai orang PPD dan juga JPNJ dan begitu juga sebaliknya. Tapi sekarang semua takut hendak menghubungi saya, malahan mengelak dari bertemu. Tiada seorang pun orang PPDJB dan JPNJ yang berani membetulkan keadaan.

September 2008
Pergi ke sekolah dan dapati di Buku kedatangan, dicatat ‘Tidak hadir tanpa kenyataan’,ditulis oleh GPK. Dia menerangkan bahawa Jamaluddin Bin Rahman mengatakan bahawa jika Fauzia tak hadir,tulis Tanpa Kenyataan, dan saya dapati saya saja yang kena. Padahal saya dah maklumkan pada sekolah bahawa saya akan ke hospital. Dan biasanya di bahagian Nota dibiarkan kosong dahulu walaupun kadang2 guru tak beritahu sekolah pun.

2009 Berlaku lagi,saya seorang juga yang kena dan satu hari ditandatangani oleh Jamaluddin sendiri menunjukkan bahawa dia pergi ke sekolah waktu itu.

Sebenarnya Penyelia malahan Pegawai PPDJB selalu datang ke sekolah waktu saya tak ada, mula-mula ke sekolah lama saya (SKTSB2) dan kemudian SKTTU untuk cari maklumat mengenai saya. Kasihan guru-guru SKTTU, tak senang duduk kerana memang semua guru takut dengan orang-orang PPDJB dan JPNJ. Tapi kata orang KPM, mereka sepatutnya membantu guru..Kadang-kadang ‘observe’ guru SKTTU dalam kelas, sampai orang PPD Melayu observe Kelas Bahasa Tamil. Dah tak tau nak buat apa, janji PPDJB dapat tunjuk kuasa datang sekolah!!! Ada yang bekas guru melayu pula observe Kelas Bahasa Inggeris dan bila disoal dalam English oleh guru itu,dia tak boleh menjawab langsung!! Bolehkah orang PPD suka-suka keluar dan suka-suka buat apa yang mereka nak kerana dendam Jamaluddin Bin Rahman? Apa Tuan PPDJB buat? Menyokong? (waktu itu Hj Aminuddin B Adam yang telah dinaikkan pangkat di KPM)

Ogos 2008

Pergi ke Hospital Sultanah Aminah, mulanya bersembunyi di belakang tembok kerana malu. Sewaktu berjumpa Doktor, saya menangis tak berhenti dan keadaan saya teruk. Perkataan yang keluar dari mulut saya adalah, “Why me, Jahat sangat ke saya ni?” Saya hilang keyakinan diri, malu, tak tahu nak buat apa, tak suka sekolah baru kerana saya ditukarkan sebegitu rupa dan macam-macam lagi. Saya bukan buat-buat, perasaan saya terhadap sekolah baru ini Allah sahaja yang tahu,walau macam mana saya cuba, saya tetap lemah semangat dengan sekolah ini. Saya dulunya seorang yang ceria, gembira dan bersemangat. Doktor beri saya ubat untuk melegakan emosi saya. Kerana penganiayaan yang dibuat, saya yang kena makan ubat sehingga sekarang.

Ke hospital dua minggu sekali, kadang-kadang seminggu dan akhirnya 16 Oktober 2008 Doktor mula memberi cuti selama seminggu, dua minggu dan berterusan sehingga 13 Mac 2009.

2008, Doktor mengeluarkan surat mengenai sindrom gangguan yang saya alami (saya beritahu kerana ini adalah akibat perbuatan mereka). Surat ini mengatakan bahawa saya boleh pulih dengan bantuan keluarga dan majikan. Saya menjawab satu surat tunjuk sebab kepada Hj Aminuddin Bin Adam dan melampirkan surat ini, tapi masih dibiarkan begitu saja dan yang teruk mendapat lebih banyak gangguan daripada PPDJB.

Diberitahu oleh Doktor, pada bulan Disember 2008, Guru Besar baru yang menggantikan Pn. Paridah iaitu Mohd Shah Bin Abu Bakar datang ke hospital dan sanggup berjumpa Doktor bercerita bahawa saya tak angkat telefonnya dan lambat hantar MC. Seperti yang saya katakan, tiada bantuan dari PPDJB terutama kaunseling, yang sangat penting, tapi gangguan yang tak habis-habis. Guru tak hantar buku rekod pun dibantu dengan kaunseling. Mohd Shah Bin Abu Bakar ini adalah saksi semasa saya kena marah di PPDJB dan waktu itu Penyelia PPDJB. Rank atau gred dia sama dengan Jamaluddin iaitu DGA34 tapi di PPD, dia di bawah Jamaluddin kerana Jamaluddin Pegawai, dia Penyelia. Dahlah jadi saksi lepas tu jadi Guru Besar saya. Habislah saya.

Jamaluddin Bin Rahman menghantar surat kepada Doktor di hospital, menyoal perkara yang sangat remeh: pada awal 4 rawatan saya mendapat slip akuan rawatan, selalunya ini tidak dipertikaikan. Sebenarnya saya telah minta Doktor mengeluarkan MC menggantikan slip kerana Pn Paridah dah bagitau ada ‘arahan’ tak boleh terima. Jadi MC ini pula dipertikaikan dan dia minta pengesahan, dia tau tak 85% Doktor kat situ Doktor pakar? Dia lebih pandai ke?. Doktor tu kata, “Tak pe Cikgu, bukan susah pun, saya dah sign, dah settled”.

Pada 22 Jun 2010, saya mula ke hospital semula kerana rasa tak sihat, sekarang berat ditimbang dan bacaan tekanan darah tinggi diambil. Amat mengejutkan apabila BP saya sangat tinggi iaitu 203 /95 (normal: 110 atau 120/90. Bermulalah hidup saya memakan ubat darah tinggi sehingga kini. Doktor mula memberi saya cuti selama seminggu, datang hospital, kemudian cuti dua minggu dan juga tiga minggu, saya berulang alik ke hospital. Doktor di hospital ini memang baik dan sangat mengambil berat. Cuti saya berlanjutan sehingga 13 Januari 2011. Doktor ini mengeluarkan satu lagi surat mengenai penyakit saya. Doktor juga menjawab surat yang dihantar kepadanya oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor waktu itu iaitu Hj Markom b. Giran. Tidak diketahui untuk apa surat itu, kerana saya masih dibiarkan begitu sahaja. Hj Sufaat B. Tumin bekas Pengarah telah dinaikkan pangkat ke Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Operasi pendidikan KPM.

Seorang jururawat di situ memberitahu saya bahawa ada kerani PPD yang menelefon meminta Rekod Kesihatan saya. Kesian, mereka ingat mereka ni siapa ya? Berkuasa sangat ke? Tak tahu undang-undang pulak tu, rekod kesihatan hanya Pesakit sahaja yang boleh minta, suami atau isteri pun tak boleh.

-Sehingga sekarang saya ke hospital dan dos ubat saya ditambah. Kadang-kadang saya letih, maklumlah Hospital ramai orang. Dan saya juga tak diberi cuti panjang lagi oleh Doktor kerana cuti sakit dah terlalu banyak, jika ditambah, saya akan dipaksa berhenti (Medical Board) kerana masalah kesihatan. Ada Doktor kata tak apa, jika saya tak OK jangan pergi sekolah. Yalah takkan nak pergi dalam keadaan tertekan, takut memudaratkan orang termasuk saya sendiri.

Cuma pada September 2011 saya diberi cuti seminggu apabila Guru Besar baru datang (akan diterangkan perbuatannya nanti). Masa inilah ubat saya ditambah kepada dua jenis dan terpaksa mengambilnya sehingga sekarang.



Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia ke 5
Buang masa jer minta tolong dengan orang yang kuat tido..zzzzz


Cikgu suka main bola, hari hari cikgu tido. Cikgu suka tido, mari kita main...
Ogos 2008

Menulis kepada Warkah Untuk PM , satu program yang diwujudkan pada zaman kepimpinan Tan Sri Abdullah Badawi. Saya di telefon oleh BPA Johor, pergi dan berbincang dengan Pegawainya. Setelah dia berjumpaPengarah Pelajaran Johor, kes ditutup begitu sahaja. Dah lah penat-penat saya cerita mengenai Petisyen. Dengan cop ‘SELESAI’, tiada tandatangan dan cop jawatan pun. Waktu saya tunjuk kepada Pegawai BPA di Putrajaya, dia amat terkejut.

September 2008
Sebagai Ketua Pasukan penandaan UPSR Bahasa Inggeris, surat panggilan mesyuarat penandaan yang melibatkan satu Malaysia telah saya perolehi dari sekolah lama (SKTSB 2), kerana baru ditukarkan, jadi surat atas nama saya banyak lagi di sana.

Seterusnya mesyuarat penandaan, saya menumpang di sekolah kawan kerana ada ketua Pasukan di SKTTU dan dia menggunakan Bilik Mesyuarat. Pada hari penandaan, saya dihubungi oleh seorang GPK dan bertanya saya di mana, sedangkan dia dan Guru Besar tahu apa yg berlaku. Saya terangkan dan bersabar saja lah. Tidak cukup dengan itu, pada 31 Oktober 2008 dua surat amaran dihantar oleh Guru Besar, Pn. Paridah menyuruh saya menjawab mengenai penandaan ini. Padahal perkara ini sangat jelas. Surat saya ini mempunyai salinan kepada: Pengarah JPNJ, Timbalan Pengarah JPNJ, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ, Unit Tatatertib JPNJ, PPDJB dan fail. Saya ingat mereka lupa agaknya nak beri salinan kepada Menteri Pelajaran. Surat ini saya tunjukkan pada Pegawai BPA, apabila saya ke Putrajaya dan dia amat terkejut kerana ia adalah Surat Dalaman dan hal yang sangat kecil.

Mei 2009 - Tidak mendapat surat lantikan sebagai Ketua Pasukan UPSR tahun 2009. Menelefon Lembaga Peperiksan, kali kedua, diberitahu Tidak ditawarkan tahun ini. Sudah pasti telah mendapat laporan daripada PPDJB. Dah sepuluh tahun terlibat dan saya amat sedih, tapi tak apalah.

2008 dan awal 2009

Sewaktu saya baru datang ke SKTTU, dah dapat surat layang, konon-kononnya daripada Ibu Bapa SKTTU. Yang sebenarnya mereka tak kenal pun saya tapi cerita kat surat tu macam mereka kenal. Surat layang kedua konon-kononnya daripada guru-guru SKTSB 2 dan yang ketiga dari guru-guru SKTTU. Tapi yang pasti ketiga-tiga surat mempersoalkan sama ada saya layak diberi DG41. Nampak sangat yang tulis surat-surat ini sakit benar hati mereka dengan saya. Siapa yang sebenarnya tulis surat tu ya? Kesian betul. Surat ni dipos ke KPM, tapi tiada pula tindakan dari KPM mengenai surat-surat tersebut terhadap saya. Pelik juga ya?

2009
Saya sudah tidak tahan dan mengambil tindakan undang-undang . Niat saya ikhlas, adalah untuk membetulkan perkara dan supaya Jamaluddin Bin Rahman memberhentikan serangan terhadap saya. Harapan saya, apabila orang2 atasan tahu, mereka pasti akan memabantu saya. Kerajaan kan dikatakan telus dan baik hati. Takkan nak biarkan Penjawat awamnya seramai 1.4 juta tak terbela kan? Rupa-rupanya saya silap.

1) Saya yang kena teruk, saya saman sebab meminta penjelasan penahanan gaji Julai dan Ogos 2008 yang tiada pemberitahuan pada saya dan digunakan untuk membayar balik gaji 2004-2008 yang saya langsung tak tahu menahu, dan the best part dah potong baru bagitau. Tiada tunjuk sebab, tiada bagi saya peluang untuk bela diri. Tapi apa yang nak diherankan kerana Petisyen pun boleh disorok dan semua orang atasan dari PPDJB, JPPNJ sehingga ke KPM bertindak serupa. Orang2 bawahan jangan cerita lagilah,punya takut dengan Jamaluddin Bin Rahman, berani mengata dia kat belakang sajalah..

2) Ramai yang tidak tahu apabila hendak menyaman seseorang penjawat awam WAJIB menyaman kerajaan sekali apabila salahlaku dilakukan semasa dia menjalankan tugas dan berkaitan dengan tugasnya. Lainlah jika dia merompak rumah anda, bolehlah menyaman dia sahaja atau ‘personally’. Bila saya saman, Jamaluddin bercerita pula bahawa saya gila saman orang, lepas ni boleh buat Persatuan saman menyaman, dia tak takut, nak saman,samanlah 2 atau 3 saman pun tak apa, dia boleh bayar dan macam2 lagi.

3) Bila kena saman dia mengarok, bila Pembantu Peguam hantar surat saman,dia kata, “Kenapa awak bela orang macam ni ya?”,sambil mengeluarkan satu buku tebal dan mengatakan itu report mengenai saya (Dia takut ke?). Pembantu tu jawab, “Itu tanggungjawab saya.” Ya Allah, jahat sangat ke saya ni, jika ya,saya sepatutnya diberi peluang membela diri terhadap report yang dikatakan itu. Gunakanlah Report yang dicipta sendiri tu di Mahkamah nanti.

4) Saya menyaman dan tidak buat publik, tapi dia yang bercerita, dah ramai orang tau dan bercakap, antaranya,“Mana boleh saman kerajaan, takkan menang punya”. “Gila saman kerajaan?”. Saya tahu kita tidak seperti di Amerika atau negara2 lain yang maju dan telus, tapi, takkan lah takde Hakim yang benar2 telus. Kita juga dah ada Peguam yang berani sekarang ini. Saya tidak ada pilihan,jika saya tak saman, dia takkan berhenti kacau saya. Saya pun tak suka nak saman kerajaan, jika ada pilihan 1juta kali saya tak nak saman kerajaan, saman dia seorang aje. Tapi apa pilihan yang saya ada? So yang cakap saya gila saman kerajaan, siapa yang gila sebenarnya? Tunggu diri sendiri, anak, isteri atau suami kena baru nak faham?

Februari 2009
Mendapati Prestasi 2008 saya diberi markah 0.00, sedangkan saya belum menghantar borang Prestasi. Sepatutnya di bahagian catatan dicatat tidak atau belum menghantar Prestasi.
Pergerakan Tangga Gaji mana? Tiada.


En. Mohd Nor Bin A.Ghani
Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Jun 2009
Jamaluddin Bin A. Rahman mengumumkan semasa Mesyuarat Guru Besar di Mersing bahawa satu Solat Hajat akan diadakan pada 18 Jun 2009 untuk memohon menang saman saya terhadap Pengarah Pelajaran Negeri Johor iaitu Hj Sufaat b.Tumin.


Tuan Hj. Bahrom bin Ali
Pegawai Pelajaran Daerah

Fikirkan ya,

1) Hj Sufaat kena saman kerana dia.

2) Dia malukan saya lagi di kalangan Guru Besar.

3) Saman adalah hak individu, bagaimana boleh pihak atasan menggunakan kuasa mengarahkan perkara sebegini? Hj Sufaat sebagai Pengarah Pelajaran langsung tidak membantu saya. Bukankah saya ini Pegawainya yang bertungkus lumus membuat kerja di sekolah ?

4) Bagaimana ya, dah salah, aniaya, fitnah, putuskan silaturahim orang, boleh nak gunakan solat hajat untuk menang.. Saya yang patut didoakan, yang terpaksa menyaman secara senyap kerana masih nak baik lagi. Saya yang buat kerja on the ground biar mereka ini tak kena jawab banyak2 di akhirat nanti. Ini dah sama dengan perbuatan membuat Petisyen selepas Solat Hajat , mempergunakan agama.

13 Mac 2009
Pergi ke sekolah setelah diberi cuti lebih kurang 3 bulan. Alhamdullillah kebetulan ada surat temuduga untuk ke Gred DG41 (Siswazah). Saya pun melapor diri ke Mohd Shah Bin Abu Bakar dan memberitahunya mengenai temuduga dan bertanya,apakah yang akan dia tulis di bahagian report Ketua Jabatan kerana pada waktu temuduga nanti, saya akan baru bertugas dengannya 3 minggu. Sebelum ini,dia menyuruh saya membantu sekolah kerana katanya saya rajin,bagus dan pakar English. Tapi jawapannya, “Saya tulislah baru bekerja dengan awak.” Saya kata, “ Cikgu, tadi kata saya bagus, ni lain pulak. Tapi takpelah, nanti pandai2lah saya jawab,asalkan Cikgu tak memburukkan saya sudahlah kerana kita waktu itu baru 3 minggu kerja,maklumlah saya kan tengah glamour akibat diperburuk2an .” Dia kata ok.

April 2009
Sewaktu saya hendak mengambil report dari Mohd Shah Bin Abu Bakar sebagai Ketua Jabatan, bila saya menelefon dia kata tak siap lagi. Hati saya mula rasa ada yang tidak kena.

Hari Temuduga,saya ke sekolah, dia boleh tinggalkan sekolah untuk hantar report saya, dia seorang saja Guru Besar yang menghantar sendiri laporan, jadi saya syak report itu dibuat oleh orang lain dan sudah pastinya buruk.

Bila temuduga, Penemuduga ini beritahu saya bahawa Report mengatakan saya tidak pulang laptop, saya terangkan bahawa ianya kerana saya baru berpindah dan baru naik sekolah dan yang paling penting sedang berjuang untuk balik ke sekolah lama kerana saya nak kerja macam dulu, Itu sahaja yang saya minta. Seterusnya juga laporan juga mengatakan bahawa saya teruk, selalu ambil cuti sakit dan tak layak diberi DG41. Sedih betul saya dengar, mengalir air mata saya dan terangkan, cuti sakit diberi oleh Hospital dan saya sakit kerana mereka. Saya juga bercerita bahawa saya baru bekerja dengan Mohd Shah selama 3 minggu, sampai hati dia buat saya. Saya belajar 4 tahun untuk upgrade diri. Akhirnya saya berkata padanya,”Dato’, tanyalah hati Dato’, jika rasa saya ikhlas, Dato’ berilah, jika tidak saya redha”. Beliau kata, “Bukan macam tu, report ni terok sangat”. Tapi dia berkata,“Takpelah saya luluskan, anggap ini satu cabaran untuk menjadi kuat dan lebih baik lagi”. Alhamdullillah,saya jumpa juga orang yang jujur dan benar2 menjalankan tanggungjawab. Doa saya untuk Dato’.

Balik ke sekolah, selama beberapa hari saya tak bercakap dengan Mohd Shah kerana amat kecil hati. Satu hari dia datang ke bilik, menghantar surat dan saya berkata bahawa sampai hati dia buat saya begitu.Dia terperanjat dan tidak berkata apa-apa pun. Saya tanya,”Cikgu tahu ke tak?” Saya beri peluang dan menyuruh dia minta maaf. Dia berdiam sahaja. Jadi saya kata, ok lah, Cikgu tanggung lah.

April 2009

Pergi ke BPA Putrajaya dan berjumpa En. Asri yang sangat baik hati dan telus. Dia menasihati saya supaya berbincang dengan Pegawai di KPM dahulu. Kerana dia saya tak jadi report ke BPA dan pergi ke KPM berjumpa Cik Emily dan membuat aduan. Yang penting saya nak balik ke SKTSB2 dan nak mengajar seperti dulu. Tindakan KPM: menghantar Nazir pada 30 April 2009.

30 April 2009
Proses mahkamah sedang berjalan dan tarikh yang pertama adalah pada 05Mei2009 (Isnin). Pada 28April (Selasa) saya dengar 2 Nazir dari Putrajaya datang ke SKTSB2 dan berjumpa Tay Tong Aik ( Guru Besar ) lebih kurang 2 jam. Pada 29 April (Rabu) petang, saya dihubungi Nazir dan hendak berjumpa di sekolah esoknya.

29 April 2009 (Rabu)
Oleh kerana berita kedatangan Nazir sudah pasti sampai ke telinga PPD, pukul 9 pagi, 4 orang Pegawai atau Penyelianya datang ke SKTTU. Inilah kali pertama orang PPD datang waktu saya ada di sekolah, dah terpaksalah tu dan saya dah agak mesti saya kena punya. Mula2 Mohd Shah Bin Abu Bakar minta saya tolong duduk dengan mereka ini iaitu Ustaz Noor Zaidi, Pn. Radziah, Pn. Hasimah dan En.Hafiz (Saya biasa dengannya kerana saya merupakan Jurulatih ETeMS dan Jurulatih Sukatan Sains). Sekejap lagi saya diminta Jadual Waktu, seperti yang saya dah katakan, mereka nak ingatkan bahawa saya selalu tak datang, jadi tak masuk kelas. . Sorry lah, selalunya guru-guru ada dua pegangan, sama ada hormat dengan PPD dan JPN atau takut. Saya, dua-dua dah tak ada. Januari 2012, En. Hafiz datang ke sekolah, dia buat tak nampak dan tak kenal saya dan saya buat benda yang sama.

30 April 2009(Khamis)
En. Kamaruddin, En. Daud (Nazir KPM), dan En. Abdullah (Kaunselor PPD dan kawan saya) Pada mulanya Nazir Putrajaya mencari salah saya, kata saya datang lambat dan saya tak menafikan dan bagitau kerana saya tension dengan sekolah. Memang kadang2 saya tak datang, lemah semangat (seperti yang saya terangkan, gangguan emosi terok yang saya alami). Saya tau hak saya, jadi saya bertanya kenapa tiada Kaunselor bantu saya, cuma datang hari ini dan itupun setelah saya saman. En. Abdullah jawab bahwa dia tidak dimaklumkan mengenai kes ini oleh PPD.
-Perbincangan selama hampir 2 jam lebih. Saya terangkan kenapa ambil tindakan saman. En. Kamaruddin tahu rumah saya dekat dengan sekolah SKTSB, jarak jalan kaki dan saya pernah mengajar di situ selama 7 tahun dan dia tanya sama ada jika saya hendak ke situ dan masih sebagai GPK1. Jawapan: saya tak mahu ambil tempat Kak Ina (GPK1 di situ) kerana saya tahu macamana perasaan kena tukar sebegitu rupa. Alhamdullillah saya tolak kerana tak lama selepas itu saya dengar Kak Ina operation kerana masalah kesihatan.

23 Jun 2009 3pm
Mesyuarat kedua bersama KPM.
Saya dapati 8 pagi Mesyuarat telah diadakan dengan nama-nama orang terlibat dengan kes saya. Saman saya masih berjalan ketika ini, jadi seorang Peguam mengikuti dan hendak join mesyuarat. Tapi Pn. Robayah (KPM) mengatakan bahawa ini adalah mesyuarat biasa dan tiada kena mengena dengan saman dan meminta supaya Peguam jangan masuk dan saya akur. Antara yang hadir dari KPM: En. Kamaruddin, Pn. Robayah, Pn. Zabidah, En. Muhammad dan Pn. Noriza. Dari JPNJ: Kaunselor En. Azizi, Unit Tatatertib Pn. Nurul, En. Kamal. Pn. Robayahsebagai Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengugut, “Puan, jika Puan tak tarik saman, kami tak layan aduan Puan.’ Saya terkejut kerana tadi dia mengatakan tiada kena mengena dengan saman. Dan sebelum ini diberitahu bahawa saman adalah hak saya. Mesyuarat diteruskan dan saya ditanya apa yang saya mahu. Saya terangkan: keadilan, balik ke SKTSB2, kaunseling dan tindakan pada mereka yang bersalah. Mereka kata kaunseling akan diberi oleh En. Azizi. Mesyuarat lebih kurang 2 setengah jam dan akan disambung di KPM Putrajaya.

14 Ogos 2009
Mesyuarat di KPM Putrajaya 8 pagi. Ada 13 orang lain hadir: KPM: (Mereka yang sama hari tu), ada Pegawai dari JPNS, Haji Mustaffa, wakil Pengarah Bahagian Sekolah Harian, seorang Tuan Haji lengkap berbaju melayu, samping dan songkok, dan seorang lagi Pegawai wanita. Dari JPNJ: En. Kamal, Pn. Nurul. PPDJB: Tuan Pegawai Pelajaran Daerah JB, Haji Aminuddin Bin Adam dan Kaunselor, En. Adullah.

1) Belum mula mesyuarat, ada seorang Haji yang lengkap berbaju melayu, masuk dan menyatakan dengan lantang (memerli saya), “ Ei apalah saman2 ni.Masyaallah.” Saya sabar ajelah. Siapa dia ni ya? Tak tahu cerita, tapi perli saya sebegitu rupa. Saya pun tidak tahu kenapa dia ada di mesyuarat itu.

2) Pn. Robayah masuk dan bertanya kepada saya, “Peguam tak datang ke hari ni?” Saya jawab, “Tak, kenapa, nak suruh Peguam datang ke?” Dia terus tersengih dan jawab, “Tak ada lah”.

3) Saya bertanya Nurul, mana minit mesyuarat di JPNJ tempoh hari. Setiap kali mesyuarat mesti ada minit mesyuarat. Dia jawab, “Kita buat minit curai.” Ha? Takkan tak tau, minit curai adalah catatan pada waktu taklimat atau kursus untuk ditunjuk pada Bos selalunya, Apabila mesyuarat, seseorang mesti sediakan minit mesyuarat dan akan disahkan pada mesyuarat seterusnya.

3) Apabila mesyuarat bermula, Pengerusi, Haji Mustaffa mengatakan, “Beginilah Puan, jika Puan tidak menarik saman Puan, kami tidak akan mengambil tindakan terhadap aduan Puan.” Saya tanya, “Apa dia?” dan dia mengulang kata-katanya. Kali ini saya benar-benar hilang sabar kerana telah diugut sebanyak dua kali, dan berkata, “ O..ok, takpe lah kalau begitu.” Saya nak balik tapi dipujuk oleh En. Fauzi yang baik hati, yang duduk di sebelah saya. Akhirnya saya duduk dan mesyuarat diadakan lebih kurang 2 jam setengah. Haji Mustaffa meminta maaf kepada saya.

4) Pihak PPDJB akan membantu saya menyelesaikan masalah (saya ingatkan betul). Perjumpaan ditetapkan pada Ogos 2009. Saya disuruh membawa laporan perangai Pihak pentadbiran SKTSB 2. (Jadi KPM dah lepaskan kes).

20 Ogos 2009
Akhirnya Kaunselor PPD iaitu En. Abdullah datang memberikan Kaunseling buat kali pertama, di Kantin sekolah kerana kami juga dah kenal sewaktu sekolah lama (SKTSB2) di mana dia datang untuk menyelesaikan masalah guru2.

24 Ogos 2009
Perjumpaan di PPDJB 2 ptg. Haji Aminuddin, Timbalan Tuan PPDJB, Haji Kamaruddin, En. Hanafi , dan En. Abdullah. Mulanya ditawarkan pertukaran ke sekolah lain, saya tak mahu kerana bukan saya yang salah, kenapa nak dibuat macam bola. (Mereka seboleh2 tidak mahu menukarkan saya semula ke SKTSB2).

Haji Aminuddin mengatakan akan menukarkan saya ke SKTSB2. (Saya ingatkan betul, langsung tidak kerana tiada jawapan apa pun dari PPDJB selepas itu)

Januari 2010
Memohon kebenaran belajar kerana melanjutkan ke peringkat Master di UTM. Apabila memohon jawapan surat dari Mohd Shah, jawapan dari JPNJ tidak menyokong kerana alasan: Tiada kebenaran dari Ketua Jabatan. Yang pelik, kat surat depan, Mohd Shah menulis memohon saya diberi kebenaran, kat belakang, ‘Tak Sokong’. Akibatnya: Bila ada peperiksaan saya tidak datang sekolah kerana tidak boleh minta Cuti Tanpa Rekod. Dalam Malaysia, hanya 5% agaknya yang mengalami nasib seperti saya. Sedangkan guru-guru bermasalah pun diberikan kebenaran belajar. Saya hendak belajar pun tak diberi, takut saya sangat lebih tinggi lagi mereka. Saya memang dah lama impikan untuk belajar ke peringkat Master. Saya gigihkan diri belajar juga

Februari 2010
Menyemak Prestasi 2009 dan diberi markah 22.5%. Ini komen Jamaluddin Bin A. Rahman di Prestasi saya, sebagai Penilai Kedua: Pegawai ini bersikap tidak bertanggungjawab, selalu mengambil cuti sakit, mengambil tindakan menyaman Pengarah, mencemarkan profesion keguruan, kurang berdisiplin. Pegawai ini juga tidak komited dalam menjalankan tugas sebagai GPK1,tidak masuk kelas P&P yang ditetapkan,tidak hadir dalam Mesyuarat Pengurusan, Kurikulum dan tidak hadir dalam Perhimpunan mingguan.

Perbuatan Jamaluddin langsung tidak professional,langsung tiada nilai-nilai Tonggak 12. Siapa yang meyebabkan Pengarah kena saman, bukan dia ke? Siapa yang mencemarkan profesion keguruan, bukan kah dia yang menjatuhkan maruah dan mengaibkan saya dengan bercerita merata-rata? Saya saman pun senyap-senyap saja,dia yang menghebahkan merata-rata kerana kuasa yang dia ada. Sakit betul hati dia terhadap saya.Macam ini ke sikap orang PPD, busuk hati, bongkak? Macam ini tulis Prestasi? Ada guru lain kena macam ini tak?

Prestasi 2008 saya tidak dinilai langsung. Dah tiga tahun saya tak naik gaji. Bonus pun dapat kurang dan ada yang tak dapat. Akibat perbuatan Jamaluddin, saya sakit dan menanggung macam2 perkara. Saya tak salah dan dibiarkan dan diambil tindakan tanpa berhenti.

Mac 2010
Gaji Mac2010 dipotong sebanyak RM150. Terus terang saya katakan memang ada hari2 saya tidak hadir kerana situasi di sekolah, tapi saya sangat keliru dengan pemotongan gaji saya yang dibuat sesuka hati dan tanpa penerangan langsung. Tidak pernah ada perbincangan dengan saya.,tiba2 gaji dipotong.

Mei2010
Akhirnya En.Rosli, Ketua Sektor Unit Kaunseling JPNJ menghantar surat panggilan untuk Kaunseling. Saya pergi buat kali pertama dan kedua. Yang ketiga, saya bertanya kenapa saya tidak boleh menyebut nama Jamaluddin Bin Rahman langsung dalam semua sesi kaunseling bersamanya, dia kata, bukan Jamaluddin yang dikaunseling kan di sini. Kemudian keadaan agak tegang, jadi dia berkata kepada saya bahawa dia tidak mahu beri saya kaunseling lagi. Dia sendiri tidak mampu membantu saya. Sebagai Ketua Sektor, saya akur dengan arahan dia. Jadi tamatlah sesi kaunseling.

Mei 2010
Ketua kerani N22, Pn. Mentiah dari JPNJ melapor diri ke sekolah. Buat pengetahuan, jawatan ini hanya untuk sekolah yang mempunyai murid seramai 800 atau 850 orang. Sekolah SKTTU hanya mempunyai lebih kurang 600 murid dan ada banyak lagi sekolah di Johor Bahru yang layak mendapat Ketua Kerani, tapi tak dapat. Dia mengaku baik dengan Jamaluddin sewktu di JPNJ dulu. Kenapa dia dihantar ke sini ya? Yang pasti:

1) Dia yang meminta Sijil Cuti Sakit apabila saya tidak datang sedangkan dia tidak berhak untuk membuat demikian kerana dia bukan Bos saya.

2) Yang paling menyakitkan hati, apabila dia ‘mengarahkan’ supaya MC saya dihantar sendiri ke pejabat. Apabila saya diberikan cuti, suami akan menghantar MC melalui guard yang sangat amanah. Jadi Ketua Kerani ini mengarahkan supaya jangan terima MC saya. Undang2 mana yang dia pakai ini? Saya telefon dia dan bertanya adakah guru2 lain kena berbuat benda yang serupa?, sedangkan MC dihantar hanya apabila naik bertugas? Dia diam dan akhirnya dia kata di JPNJ begitu. Jadi,jika guru sakit, tak ada orang nak hantarkan MC, guru tu kena merangkak datang sekolah hantar MC? Ini sebenarnya tugas dia di sekolah, khas untuk kenakan saya.

22 Jun 2010
Saya ke hospital, bacaan tekanan darah tinggi (BP) saya sangat tinggi iaitu 203 /95. Ini boleh mengakibatkan strok dan juga boleh kehilangan nyawa. Doktor mula memberi saya cuti dan saya berulang alik ke hospital. Pesanan Doktor kepada saya supaya makan ubat mengikut masa. Cuti saya diberi Doktor, berlanjutan sehingga 13 Januari 2011. Waktu ini saya agak tenang kerana tidak perlu pergi ke sekolah bertemu dengan orang dan perkara-perkara yang menganggu emosi saya.

Ogos 2010
Gaji Ogos yang sepatutnya diterima pada 25Ogos, dimasukkan akaun bank saya pada 01 September 2010. Sesuka hati dengan gaji orang.

Saya sepatutnya mendapat tunggakan gaji Ijazah saya di mana saya telah dilantik keDG41 pada 31 Disember 2008. Tapi tidak ada dalam gaji Ogos 2010. Saya tunggu sahajalah.

November 2010
Akhirnya saya menelefon Pembantu Tadbir sekolah. Alangkah terkejutnya saya kerana diberitahu bahawa tunggakan Ijazah saya diambil semuanya untuk pembayaran saya tidak hadir ke sekolah. Sangat melampau mengambil tunggakan saya sebanyak RM6,185.48. Saya sangat sedih kerana tidak sangka diperlakukan sedemikian rupa. Apa sahaja perkara berkaitan Ijazah saya akan diganggu, sampai sanggup bertindak kejam mengambil tunggakan saya. APA HAK MEREKA BERBUAT BEGINI? KEJAM BETUL YA PROSEDUR KERAJAAN?

Saya pergi ke sekolah berjumpa Mohd Shah Bin Abu Bakar. Dia memberi beberapa surat pemotongan gaji, tunggakan dan entah apa-apa lagi. Tapi semuanya telah dilakukan, baru makluman pada saya. Yang paling menghairankan, Mohd Shah sebagai Guru Besar setelah membuat potongan gaji dan tunggakan juga hanya memaklumkan PPDJB dan JPNJ. Terbalik pula. Masaalahnya Bos PPDJB, Hj Aminuddin Bin Adam dan Pengarah, masa tu Hj Markom Bin Giran tak kesah dan menyokong.

Ada surat makluman potongan gaji saya (dah dibuat Oktober 2010) dari RM150 ditambah ke RM500. Sabar ajelah, dahlah gaji tak naik, tunggakan RM6,185.48 diambil begitu saja, ditambah potongan lagi. Tapi apa yang berlaku ialah gaji saya dipotong sebanyak RM650 selama tiga bulan kerana kesilapan mereka. Tiada penjelasan mengenai perkara ini. Sebenarnya terlalu banyak salah laku dan tidak ikut prosedur yang dilakukan terhadap saya sesuka hati mereka. Sebab itu lah saya saman pada 2011, untuk membetulkan perkara yang tidak dipedulikan oleh JPNJ, KPM dan juga BPA.


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Dato’ Sri Abd Ghafar Bin Mahmud

Bang Ghafar, takkan tau senyum jer! Tolonglah Hamba Allah ini..ape punyer ketua pengarah! bende kecik camni pun tak bole nak settle. Tak ble pakaila lu. Baik letak jawatan pastu tanam daun ketum lagi baik...

19 November 2010
Setelah membuat aduan kepada BPA Putrajaya Oktober 2010, dan hasil siasatan tidak memuaskan. Saya membuat appointment berjumpa dengan Ketua Pengarah BPA iaitu Dato’ Dr Tam. Setelah berjumpa dengannya, beliau mengatakan bahawa memang itu lah keputusan muktamad BPA. Jadi saya pergi ke Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan berjumpa dengan En. Zureen Bin Zubir iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas KSN. Saya tidak mahu mengambil tindakan undang-undang yang baru, sebab itu saya masih cuba berjumpa dengan orang2 atasan saya. En. Zureen Bin Zubir yang sangat baik hati dan saya hormati, cuba membantu saya dan meyuruh saya mmbuat surat rayuan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang baru menggantikan Tan Sri Alimuddin iaitu Dato’ Sri Abd Ghafar Bin Mahmud. Saya tidak akan melupakan perkataan dan pesanan En. Zureen,“Cikgu, Allah tu kan ada.”

Saya yang masih menaruh harapan tinggi terhadap KPM agar perkara ini dapat diselesaikan membuat surat rayuan kepada Dato’ Sri Abd Ghafar dengan segera. Tapi tiada jawapan darinya. Saya membuat surat rayuan yang kedua dan masih tiada jawapan dari pihaknya. Jadi saya dah faham memang tidak akan ada jawapan dan bantuan dari KPM.

Januari 2011
Saya telah tidak diberi mengajar Bahasa Inggeris, jadi Elaun Bahasa Inggeris saya ditarik balik. Saya belajar TESL dan mendapat Ijazah dalam TESL dan sedang membuat Masters dalam TESL

Salah seorang kakak yang berkerja di bahagian pembersihan sekolah berjumpa dengan saya dan memberitahu bahawa sewaktu dia membersihkan bilik saya,di belakang langsir tingkap, dia menjumpai seperti bantal kecil segi empat berwarna kuning air dan bertali. Suaminya telah membuangnya di dalam sungai. Waktu itu saya diberikan cuti panjang oleh hospital. Siapa lah yang sanggup meletakkan benda seperti itu untuk membuat dan mengenakan saya ya? Tak tahu ke perkara itu syirik dan tak tahu hukum menyekutukan Allah ke?

Mei 2011
Akhirnya setelah masih tiada bantuan dari orang atasan, saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang untuk memperbetulkan perkara dan dengan harapan gangguan terhadap saya dapat dihentikan. APA PILIHAN YANG SAYA ADA? Saya lakukan secara senyap2, tapi seperti biasa diperhebohkan oleh Jamaluddin Bin Rahman. Tindakan saya di atas perbincangan dengan keluarga yang menyokong selama ini dan mereka tahu semua perkara yang berlaku. Masa ini, cerita mengenai saya di kalangan warga pendidik masih diperbualkan. Bila saya saman, semakin marahlah Jamaluddin kepada saya. Saya tahu dia hendak saya berhenti kerja, tapi saya masih berjuang kerana berani kerana benar.

7 September 2011
Pergi ke sekolah, masa ini Guru Besar baru Hajah Zainab Bt Abu Bakar menggantikan Mohd Shah yang dinaikkan pangkat ke PPDJB. Sewaktu di bilik, dia datang, tak ada salam dan terus cakap suruh saya pergi ke bilik dia. Nampaknya seorang lagi Guru Besar yang bakal mengenakan saya di atas arahan Jamaluddin. Saya pergi ke biliknya, dan dengan serius dia sebut mengenai punch card dan dua tiga perkara. Saya diam saja lah, dah tau lah apa yang berlaku selepas ini.
8 September 2011

Saya berada di bilik GPK Koko bersama seorang lagi guru. Hajah Zainab masuk, seperti biasa tiada salam, tanya saya depan mereka berdua, soalan seperti pukul berapa saya sampai, ada kelas tak, semalam kan dah bagi jadual. Kali ini saya marah kerana ditanya sebegitu rupa, perlu ke depan orang? Saya pergi ke bilik dia dan bertanya,“Puan ada masalah ke dengan saya?” Dia kata, tiada, I baru jumpa you. Tapi perbuatannya lain. Walaupun saya tahu bahawa dia pasti dah dengar cerita saya dan diberi pesanan oleh Jamaluddin Bin Rahman, saya terangkan juga mengenai Petisyen yang menjadi punca dan akibat semua perkara, dan siapa yang menjadi Dalangnya.

Cerita mengenai masuk kelas, jadual Hajah Zainab cuma Pendidikan Seni. Hajah masuk kelas ke hari-hari?

Seterusnya apabila saya tidak hadir, Hajah Zainab menulis ‘Tidak Hadir Tanpa Kenyataan’ di atas punch card, sepanjang garisan yang ada.

13 September 2011
Ke hospital, bercerita kepada Doktor mengenai apa yang berlaku di sekolah. Saya diberi cuti selama seminggu dan yang sedih ubat seharian saya dari satu jenis ditambah kepada dua jenis, campur ubat darah tinggi jadi 3.

07 Oktober 2011
Mendapat berita gembira iaitu saya menang peringkat pertama saman yang membolehkan untuk ke Perbicaraan. Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Tuan Vernon memang adil dan telus. Bagaimana BPA Putrajaya boleh mengatakan tiada salah laku? (klik)

Walaupun menang peringkat pertama, Peguam Negara membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Jadi sekarang saya jadi musuh mereka. Nak buat macamana kan, memang dari dulu pun tiada yang nak membantu saya. Yang untung, Jamaluddin Bin A. Rahman, dia punca segala-galanya tapi dibela oleh orang atasan dan dibiarkan kekal di jawatannya. Macam ni ke Kerajaan? Membela orang sebegini dan menaikkan pangkat mereka? Kakitangan kerajaan, jangan takut, jika anda berbuat salah laku apa pun, anda akan dibela, nak best lagi buat hal sampai orang saman dan anda pasti kekal di jawatan anda.

14 November 2011
Lawatan dari 3 orang PPDJB berjumpa Guru Besar. Saya terkejut apabila ternampak Abdul Rahman yang telah dinaikkan pangkat ke PPDJB. Dia guru dari SKTSB 2 dan berada di surau malam Majlis Solat Hajat Ogos 2007 sewaktu guru-guru membuat Petisyen. Dia baru mengajar lebih kurang 5 tahun, dah duduk di PPD. Lagi satu contoh orang sebegini dinaikkan pangkat.

16 November 2011
Mediatasi di Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Akhirnya Jamaluddin mengaku di depan Peguam saya, Peguam Persekutuan (yang bela dia) dan Naib Timbalan Pendaftar bahawa wujudnya Petisyen. Jadi dah terbukti bahawa Petisyen tidak disiasat. Ternyata dia telah melakukan pembohongan yang nyata.Orang begini yang dibela Kerajaan?

Sehingga sekarang kes saya di Mahkamah Rayuan. Kita tengoklah nanti Mahkamah Malaysia ini telus atau tidak seperti banyak versi yang kita dengar kan?

Januari 2012
Kes Mahkamah masih berjalan.

Februari 2012
Saya amat terkejut kerana mendapat panggilan telefon dari kawan yang mendengar khabar bahawa saya telah dibuang kerja. Biar Betol! Punyalah ramai orang bermasalah tidak dibuang malahan tindakan tatatertib atau apa pun tidak diambil, saya senang2 kena buang. Tiada surat tunjuk sebab ke apa pun! Apa hal dengan Kementerian Pelajaran Malaysia ini?

02 Mac 2012
Pergi ke SKTTU dan setelah mengambil surat dari Pembantu Tadbir, memang sah saya kena buang. Luluh hati saya, terbayang muka anak-anak saya, bagaimana perasaan mereka bila dapat tahu mengenainya. Belum lagi perasaan emak saya yang selalu mendoakan saya siang dan malam, keluarga yang tidak putus2 meyokong saya. Saya tak dapat bayangkan membuat kerja lain selain mengajar. Tapi saya tahu rezeki bukan di tangan Jamaluddin Bin Rahman tapi Allah yang beri.

Surat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran itu mengatakan saya telah diberi surat bertarikh 5 Disember 2011, dan tarikh buang kerja berkuatkuasa mulai 27 Januari 2012. Kes mahkamah sedang berjalan dan takkan SPP ti8dak tahu tiada tindakan boleh diambil pada waktu itu apa lagi buang kerja. Lagi pun saya tidak dapat surat bertarikh 5 Disember 2011 itu. Saya dibuang begitu sahaja, tiada penerangan mengenai pencen atau apa pun.

Sekarang dah heboh mengenai saya kena buang, dapat lagi pahala orang bercakap dan menfitnah saya.

Apa yang pasti, saya akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan hak saya demi membesarkan anak-anak saya seramai 4 orang. Satu di University, satu di Kolej dan dua lagi bersekolah. Tak apalah mereka yang bertanggungjawab iaitu Ketua Jabatan, SPP apa nak takut, pasti akan dibela habis-habisan oleh Peguam Negara nanti. Boleh juga minta Buku tebal mengenai ‘kejahatan’ saya dari Jamaluddin Bin Rahmanberserta pembohongan yang dibawa ke Mahkamah Tinggi tempoh hari..kesian..

Adakah Mahkamah akan memihak kepada mereka dalam perkara ini?



Puan Fauzia Khanom Irshad Ali Khan

Mangsa keadaan 'busuk punyer olang' iaitu makhluk yang bernama Jamaluddin Bin Rahman

Experience
• Teaching experience of 22 years, from 1989.
• First Senior Assistant from 2004.
• Acting Headmistress for 1 year 3 months.
* Currently in fifth semester of completing Masters and have good academic record.
* Completed Headmaster professionalism course in 2008.
. * Currently as a volunteer, teaching students at Rumah Barkat, Johor Bahru from
2009.
* A community member of Persatuan Rumah anak-anak yatim, Johor Bahru.
* Experience as a Polling leader ( Ketua Tempat Mengundi ) for four terms.
* Guest speaker for English UPSR excellence programme.
* UPSR Examiner for 7 years and Head Examiner for 3 years.
* Twice awarded Excellent Award Service in 2001 and 2004.
* Instructor for Teaching and Learning Mathematics and Science in English
( ETeMS ).
* Instructor for Year 2 Science Curriculum state level.
* Instructor for Year 3 Science Curriculum state level.
. * Instructor for Level one Science Curriculum state level.
* Facilitator for Science Specification Item for examination in 2005.
* Motivation Instructor in 1995.
* Advisor for Parents and Teachers association in 2005 and 2006.
* Coordinator in 2001 for new school, SK Taman Skudai Baru 2, Johor Bahru.
* Contributed in Selection of extensive and contemporary literature books organized
by the Ministry of Education in 2003.
* Completed Leadership course in 2007.
. * Contributed in the Cluster school management and changes in 2005.
* Completed First Senior Assistant management course in 2008.
* Contributed in the Office management and finance for First Senior Assistant in
2005.

addthis