20 June 2012

Bukti bakal menantu PM terlibat tuduhan menipu.

Ni kenyataan kononnya bakal besan PM tak terlibat dengan apa2 kes penipuan.. cube korang tgk kat bawah ni plak.. harapnya bakal besan najib boleh ceritakan perkara yang sebenarbenarnye berlaku


Ni dokumen ape lak ek? aku salah bace ke? hehehe... KANTOIIIIIIIIII
sumber: milosuam

SKL: yang salah tetap salah... buat la camne pon.. cepat atau lambat.. kebenaran pasti akan muncul :)

Umur 60 Tahun baru boleh keluar KWSP!!


Bab ni aku betul2 tak puas hati.. suka2 dorang je set nak kuar semua duit kwsp kene tunggu umur 60 tahun..  masa umur 50 tahun boleh keluar baki akaun 2 je.. dorang ni tak pikir ke kite keje penat2 berpuluh tahun kumpul duit... tup2 nak keluarkan tak boleh.. reason? undang2 dah gubal so x boleh nak buat ape... berape sen sangat la duit akaun 2 yg tinggal kalau mase mude2 dah bwk keluar byr loan ptptn la.. byr downpayment rumah la.. tiime kerajaan nak pinjam duit kwsp xde plak kene tunggu sampai 60 tahun? bukan sikit plak tu jumlah yg dorang dah pow dari kwsp... dah RM 144 BILLION... aku ulang sekali lagi.. BILLION!! korang tgk keratan paper kat bawah ni.. panassss.. panasss hati aku.. senang citer rakyat macam kite yg gaji tak seberape ni la nak kene tanggung segala beban pemimpin2 kat atas yg suke perabih dgn tabur duit buat bende yang bukan2... pastu pong pang sana sini kerajaan dahulukan rakyat la.. betul la tu.. apa2 bala semua rakyat yg kene dulu... pemimpin sekor2 dah collect duit berjuta buat saving habuan utk masa dorang dah kalah nanti.

mode: HATI PANAS TAHAP GUNUNG BERAPI!!


4 Aset NFC Disita Untuk Bantu Siasatan


KUALA LUMPUR, 19 Jun – Empat aset milik Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiyaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFCorp di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.


Panas!! Blogger Papagomo Pukul Geng Blogger Unit media Baru

SKL: Nampaknya sesame geng sendiri pon dorang boleh pukul apatah. lagi org lain.. Apa yang Papagomo marah sangat dengan si Azmi pon tatau la.. padahal dua2 satu geng.. lain kem je hehe... maybe nak pertahan pendirian dia yg tak sebulu dengan geng unit media baru umno yg lain kot.. apa2 korang boleh baca berita selanjutnye kat blog uncleseekers, tunfaisaldotcom dgn amenoworld. korang jgn plak tumbuk org lak.. ape2 pon bwk bincang elok2.. tiap masalah ade penyelesaian :)

Papagomo

Azmi

19 June 2012

Najib habiskan RM26 juta dalam 4 tahun!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghabiskan sebanyak RM26,080,144.39 wang rakyat ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang meminta Perdana Menteri menjelaskan senarai semua lawatannya ke luar negara sejak April 2009, saiz rombongan dan kos terlibat.
Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya.
Nazri memberitahu, mengikut pecahan tahunan, pada 2009, Perdana Menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68.
Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99.
Paling kerap pada 2011 iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49.
Untuk separuh tahun 2012, sebanyak lapan kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23.
Nazri minggu lalu memaklumkan, Perdana Menteri menghabiskan RM3 juta wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke London, New York dan Washinton, Amerika Syarikat dalam masa beberapa hari.
Nazri berkata, Najib berbelanja RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri majlis anjuran Putera Charles.
Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat Perdana Menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1.6 juta.
Selain itu, Nazri berkata, Najib bersama pegawainya berkunjung ke Washinton untuk ‘kunjungan peribadi’ antara 109 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada sidang media berkata, kapal terbang 9M-NAA yang digunakan Najib hanya untuk kegunaan rasmi Yang di-pertuan Agong dan Perdana Menteri, bukan untuk percutian peribadi.
SKL: Aku cukup tak berkenan... kat luar pong pang sembang pasal wasatiyah bagai... sekali pegi trip berjuta abis.. bagi aku kalau pegi utk urusan negara ok la.. tapi kalau berjuta abis tu dah kire nonsense la... sekali pegi sampai beratus pegawai.. pegi joli ke hape? ish ish ish

Tips Adibah Noor Untuk Fasih Berbahasa Inggeris.


Penyanyi dan juga pengacara terkenal, Adibah Noor atau nama sebenar Adibah Noor binti Mohamed Omar berkongsi rahsia kepetahan beliau bercakap dalam bahasa Inggeris di setiap majlis yang diacarakan.
Ujar Adibah, beliau menyarankan agar setiap daripada kita harus pandai berbahasa Inggeris agar tidak tertinggal jauh oleh arus peredaran masa dan layak bergaul dengan golongan antarabangsa.
"Zaman sekarang tidak macam dahulu, arus permodenan pesat membangun dan banyak tenaga luar dan antarabangsa. Untuk menjadi negara global, kita harus fasih berbahasa Inggeris agar tidak kekok di kemudian hari."
Pelakon yang terkenal dengan filem pertama di bawah arahan Namawee, "Nasi Lemak 2.0" turut menyarankan agar mereka yang mahu untuk fasih berbahasa Inggeris harus selalu membaca surat khabar dan juga buku bahasa Inggeris dan fahami ayat yang ditulis.
"Saya telah dididik dari kecil lagi mengenai kepentingan bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, bapa saya telah mendidik kami adik beradik supaya banyak membaca buku Inggeris."
"Jika untuk diri saya pula, saya akan pastikan meluangkan selama 10 minit untuk membaca keratan akhabar berbahasa Inggeris dan baca mengikut intonasi yang betul seperti kita dapat lihat di kaca televisyen. Secara automatik kita akan berani bercakap dan boleh bercakap di depan orang ramai."
Ujar Adibah lagi, program berbahasa Inggeris sekarang banyak menggunakan bahasa campuran yang tidak tepat dan ringkas, oleh yang demikian, Adibah menyarankan agar penonton menonton cerita yang berunsur ilmiah.
"Untuk kanak-kanak tidak sesuai jika kita biarkan mereka belajar bahasa Inggeris dengan memberi mereka program televisyen yang tidak kena seperti rancangan realiti televisyen yang memaparkan aktiviti tidak menarik dan sebagainya. Biarkan mereka menonton cerita seperti "Hi - 5" "Barney and Friends" dimana ia mampu membantu mereka dalam menguasi bahasa Inggeris kerana pengisian yang ada di dalam program TV tersebut berunsur ilmiah."
Dalam perkembangan lain, Adibah Noor telah meriliskan sebuah lagu solo duet bersama Sam Innuendo berjudul "Kesana Denganmu", dan akan muncul dalam filem "Pontianak vs Orang Minyak" arahan Afdlin Shauki yang dijangka menemui penonton pada tahun ini.
Sumber: yahoo.com
SKL: Aku betul-betul respek Adibah Noor ni.. cara dia speaking memang kelass gitu.. aku pon setuju jugak kite kene pandai berbahasa inggeris kalau kite nak pergi jauh dlm bidang yg kite ceburi... belajar bahasa inggeris bukan bermakne kite lupekan bahasa ibunda kite.. tak gitu? bagi aku tips yang adibah noor kasik ni tak susah sangat kita nak follow.. why not kite gunekan tips ni pada anak2 kite start dari skrg.. dah besar nanti sure speaking london la hehehe..


Gambar Maria Farida Yang Cunnn Woooo!!

SKL: Asik layan politik sekali sekala kita layan tengok artis lak hehehe.. cun plak si Maria Farida ni tak padan umur dah nak cecah separuh abad.. kalah anak dara tuuu... Rugi la si Shah Jazle clash dgn dia dulu.. :p ada sapa yang berkenan nak buat bini ke? layan kan 2 keping gambar si Maria Farida ni... nak layan gambar lain korang bole jenguk kat sini Rotikaya.com




[Video] Panas!!! ADUN UMNO Halau pemimpin PR dari majlis "RAMAH MESRA & DIALOG"





MEMANG PANAS!!! Video, berita ADUN UMNO halau pemimpin PR dan penduduk

Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012

Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti yang memainkan peranan besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.

Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi Zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.

“Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.

Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.

“ Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat”, jelas Radzi Zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.

Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan.

Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.

Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan ‘lxxcau lu punya padang’. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?

Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012.

Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja.

Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat. -paspb

Sumber: Kelab Greenboc

SKL: Kalau camni la sikap pemimpin boleh halau orang depan-depan taktau la kalau org nak pilih dia lagi penggal akan datang. Dekat banner bukan main lagi tulis majlis ramah mesra & dialog... kalau takut nak jumpe org dan berdialog baik tak payah buat majlis ni... buat malu je.. org lain perati yang pemimpin camni pandai gebang je.. time org nak berdialog.. takutttt.. peerahhhh




addthis