17 July 2012

Video Polis Belasah Remaja Dalam Lokap!!




SKL: Aku tatau la budak2 tu maybe ada buat tak betul cam merempit ke.. merompak ke.. tp tak payah la sepak terajang sampai camtu... setau aku seseorang tu masih lagi tak bersalah sehingga dibuktikan bersalah... dulu dah ade kes tahanan mati dalam lokap... cukup2 la tu... dakwa je la... polis jugak yg ckp kat org awam jgn amik tindakan sendiri... ni nmpknye korang yg melebih2... hakim tak buat keputusan lg pon kowang dah jatuhkan hukuman kat dorang... benda2 cmni la buat org semakin kurang respek kat anggota polis... yg buat tu sorang dua je... tp impaknye kene kat semua anggota polis... so sendiri mau ingat la kalau xde org nak respek anggota polis lepas ni.. peaceeee!!

sumber: milosuam

11 July 2012

Video 'Imam Mahadi' Mengamuk Di Jabatan Perdana Menteri





Pada 9/07/2012 jam 1430 bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai. Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan. Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM. Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya. Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah. Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan suspek. Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya. Didapati suspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan. Saspek lelaki telah meninggal di hospital. Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

SKL: insiden ni betul2 mengejutkan aku.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 mukmin... 

9 July 2012

3 Selebriti Murtad!!


Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.

Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan. -yahoo.news

SKL: jangan plak artis kat Malaysia ni ikut mcm dorang plak :)

8 July 2012

Status Hukum Menyertai Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100



Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.  


Jawapan Paling Epik MB Kedah Kepada Wartawan


Bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.

"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.

"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.

"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa. - fb

SKL: padan muke wartawan yang bertanya tu hahahahaha... sape suh provoke lg :p

6 July 2012

UncleSeekers Disahkan Positif Mengambil Dadah Jenis Morfin Oleh Polis Johor!!

JOHOR BAHRU: Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin. 

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya. "Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu. 
Semalam, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya. 

Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran 'Uncleseekers' bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya. 

Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. 

Polis Johor turut memperoleh perintah reman terhadap kedua-dua mereka selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi membantu siasatan. 
Ahad lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - BERNAMA


Sumber: berita harian

SKL: Betul ke ni? cam drama hindustan lak.. hahahahahaha

5 July 2012

Gambar Terkini UncleSeekers Ditahan Polis Di Johor!!

Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, hari ini.


Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.

Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.

"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar. -SH

SKL: boring la uncleseekers kene tahan... xde sape la nak update kisah2 panas lepas ni... adehhhh

addthis