Showing posts with label Bn. Show all posts
Showing posts with label Bn. Show all posts

11 July 2012

Video 'Imam Mahadi' Mengamuk Di Jabatan Perdana Menteri





Pada 9/07/2012 jam 1430 bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai. Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan. Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM. Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya. Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah. Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan suspek. Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya. Didapati suspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan. Saspek lelaki telah meninggal di hospital. Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

SKL: insiden ni betul2 mengejutkan aku.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 mukmin... 

20 June 2012

Umur 60 Tahun baru boleh keluar KWSP!!


Bab ni aku betul2 tak puas hati.. suka2 dorang je set nak kuar semua duit kwsp kene tunggu umur 60 tahun..  masa umur 50 tahun boleh keluar baki akaun 2 je.. dorang ni tak pikir ke kite keje penat2 berpuluh tahun kumpul duit... tup2 nak keluarkan tak boleh.. reason? undang2 dah gubal so x boleh nak buat ape... berape sen sangat la duit akaun 2 yg tinggal kalau mase mude2 dah bwk keluar byr loan ptptn la.. byr downpayment rumah la.. tiime kerajaan nak pinjam duit kwsp xde plak kene tunggu sampai 60 tahun? bukan sikit plak tu jumlah yg dorang dah pow dari kwsp... dah RM 144 BILLION... aku ulang sekali lagi.. BILLION!! korang tgk keratan paper kat bawah ni.. panassss.. panasss hati aku.. senang citer rakyat macam kite yg gaji tak seberape ni la nak kene tanggung segala beban pemimpin2 kat atas yg suke perabih dgn tabur duit buat bende yang bukan2... pastu pong pang sana sini kerajaan dahulukan rakyat la.. betul la tu.. apa2 bala semua rakyat yg kene dulu... pemimpin sekor2 dah collect duit berjuta buat saving habuan utk masa dorang dah kalah nanti.

mode: HATI PANAS TAHAP GUNUNG BERAPI!!


Panas!! Blogger Papagomo Pukul Geng Blogger Unit media Baru

SKL: Nampaknya sesame geng sendiri pon dorang boleh pukul apatah. lagi org lain.. Apa yang Papagomo marah sangat dengan si Azmi pon tatau la.. padahal dua2 satu geng.. lain kem je hehe... maybe nak pertahan pendirian dia yg tak sebulu dengan geng unit media baru umno yg lain kot.. apa2 korang boleh baca berita selanjutnye kat blog uncleseekers, tunfaisaldotcom dgn amenoworld. korang jgn plak tumbuk org lak.. ape2 pon bwk bincang elok2.. tiap masalah ade penyelesaian :)

Papagomo

Azmi

19 June 2012

Najib habiskan RM26 juta dalam 4 tahun!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghabiskan sebanyak RM26,080,144.39 wang rakyat ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang meminta Perdana Menteri menjelaskan senarai semua lawatannya ke luar negara sejak April 2009, saiz rombongan dan kos terlibat.
Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya.
Nazri memberitahu, mengikut pecahan tahunan, pada 2009, Perdana Menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68.
Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99.
Paling kerap pada 2011 iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49.
Untuk separuh tahun 2012, sebanyak lapan kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23.
Nazri minggu lalu memaklumkan, Perdana Menteri menghabiskan RM3 juta wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke London, New York dan Washinton, Amerika Syarikat dalam masa beberapa hari.
Nazri berkata, Najib berbelanja RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri majlis anjuran Putera Charles.
Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat Perdana Menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1.6 juta.
Selain itu, Nazri berkata, Najib bersama pegawainya berkunjung ke Washinton untuk ‘kunjungan peribadi’ antara 109 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada sidang media berkata, kapal terbang 9M-NAA yang digunakan Najib hanya untuk kegunaan rasmi Yang di-pertuan Agong dan Perdana Menteri, bukan untuk percutian peribadi.
SKL: Aku cukup tak berkenan... kat luar pong pang sembang pasal wasatiyah bagai... sekali pegi trip berjuta abis.. bagi aku kalau pegi utk urusan negara ok la.. tapi kalau berjuta abis tu dah kire nonsense la... sekali pegi sampai beratus pegawai.. pegi joli ke hape? ish ish ish

[Video] Panas!!! ADUN UMNO Halau pemimpin PR dari majlis "RAMAH MESRA & DIALOG"





MEMANG PANAS!!! Video, berita ADUN UMNO halau pemimpin PR dan penduduk

Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012

Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti yang memainkan peranan besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.

Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi Zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.

“Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.

Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.

“ Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat”, jelas Radzi Zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.

Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan.

Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.

Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan ‘lxxcau lu punya padang’. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?

Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012.

Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja.

Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat. -paspb

Sumber: Kelab Greenboc

SKL: Kalau camni la sikap pemimpin boleh halau orang depan-depan taktau la kalau org nak pilih dia lagi penggal akan datang. Dekat banner bukan main lagi tulis majlis ramah mesra & dialog... kalau takut nak jumpe org dan berdialog baik tak payah buat majlis ni... buat malu je.. org lain perati yang pemimpin camni pandai gebang je.. time org nak berdialog.. takutttt.. peerahhhh




addthis