2 August 2016

KISAH 1MDB YANG SEBENAR DARI KACAMATA MARHAEN


Bagi aku kes 1MDB ni straight forward je pon.. kalau korang study balik kronologi kes ni dari mula memang akan nampak jelas apa yang sedang berlaku dengan syarikat ni unless korang ni seorang penyokong tegar/totok memang korang takkan dapat faham la sampai bila-bila pon..cara korang nak faham plak bagi aku tak perlu la sampai korang kena ada Degree/Master/PHD bagai baru nak boleh paham.. apa yang penting bagi aku korang kena rajin membaca dan ambik tau dengan keadaan sekeliling especially keadaan negara kita yang tercinta ni.. Ayat-ayat ahli politik ni bagi aku susah sikit nak percaya sebab masing-masing takde kredibiliti al-maklum la poket masing-masing ada yang tukang isi.. Aku pon taknak cakap banyak.. korang boleh baca sendiri artikel yang dibuat oleh Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail [Ketua Biro Penyelidikan IKRAM (PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA)] kat bawah ni.. Bagi aku artikel ni senang utk org awam yang takde background profesional atau akademik nak hadam.. lepas baca ni aku harap korang boleh fikir sedalam-dalamnya tentang pemerintah kita sekarang ni.. 

- SuratKaboLame

p/s : Sebelum baca tanggalkan baju politik korang dan guna mati hati.. bukan emosi k :)


Pengenalan 

Kisah mengenai syarikat 1MDB kembali hangat dibincangkan oleh bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan kini oleh seluruh masyarakat antarabangsa susulan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman kerajaan Amerika Syarikat (Department of Justice atau DOJ) pada 20 Julai 2016.   

Walaupun kisahnya telah diketahui umum semenjak beberapa tahun yang lepas, namun masih ada sebahagian besar rakyat Malaysia yang kurang jelas tentang isu syarikat yang kontroversi ini serta implikasi yang bakal timbul akibat daripada beberapa insiden yang melibatkannya.

Dalam penulisan ini, saya akan cuba menerangkannya dengan cara yang paling mudah agar isu ini dapat difahami oleh mereka yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perakaunan atau kewangan. Pada penghujung artikel ini nanti, saya juga akan berkongsi pengamatan saya dari aspek pengajaran yang boleh diperolehi daripada apa yang sedang berlaku kepada 1MDB.  

Asal Usul Syarikat 1MDB, Perubahan Nama dan Strukturnya[1]

Syarikat 1MDB ini pada asalnya adalah sebuah entiti yang dikenali sebagai TIA atau Terengganu Investment Authority (Lembaga Pelaburan Terengganu). TIA ini adalah idea dari Sultan Terengganu yang mahukan pendapatan negeri sebanyak lebih dari RM1 bilion setahun dalam bentuk royalti minyak diurus dengan baik dan bukannya dibelanjakan dengan bebas oleh ahli politik negeri. Salah seorang daripada penasihat Sultan ketika itu ialah seorang anak muda berbangsa Cina yang berasal dari Pulau Pinang bernama Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low. 

Idea yang diberikan oleh Jho Low kepada TIA ialah memulakan operasi pelaburan dengan saiz tabung berjumlah RM11 bilion iaitu melalui sumbangan RM5 bilion dari kerajaan pusat dan RM6 bilion melalui pinjaman. Pinjaman tersebut akan dijamin melalui cagaran ke atas pendapatan royalti minyak yang akan diperolehi oleh kerajaan negeri Terengganu dari Petronas di tahun-tahun yang akan datang.[2] 

Namun, setelah mendapat RM5 bilion daripada kerajaan pusat, berlaku pertelingkahan pendapat di antara Menteri Besar Terengganu pada masa itu iaitu Datuk Ahmad Said dan ahli lembaga yang lain. Ini kerana Datuk Ahmad Said dilaporkan ingin menguasai cara dana dibelanjakan. 

Ini bertentangan dengan tujuan asal penubuhannya. Datuk Ahmad Said juga mahu terlibat dengan pengurusan dana dan tidak bersetuju jika dana tersebut diuruskan sepenuhnya oleh pasukan pengurusan profesional yang dikawal selia oleh lembaga pengarah dan juga penasihat. Dalam erti kata yang lain, telah ada tiga lapisan dalam struktur syarikat TIA untuk memastikan dana diurus dengan baik. 

Pertelingkahan pendapat ini telah mengakibatkan TIA diambil alih oleh kerajaan pusat dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan. Namanya kemudian telah ditukarkan kepada 1MDB dan struktur pengurusannya telah diubah supaya kuasa sepenuhnya adalah di bawah Perdana Menteri walaupun beliau hanya bertindak sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.  

Di samping itu, Perdana Menteri juga berkuasa melantik pengerusi dan ahli lembaga pengarah 1MDB serta mempunyai kuasa berkenaan semua keputusan perbelanjaan yang berjumlah besar.[3] Ini berbeza dengan keadaan biasa di mana kuasa tersebut adalah di dalam tangan pengerusi lembaga pengarah syarikat. 

Oleh kerana 1MDB berada di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan, maka pinjaman oleh 1MDB akan lebih senang dilakukan kerana ianya akan dijamin oleh kerajaan Malaysia. Perkara ini sepatutunya diluluskan oleh kabinet, namun menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ianya langsung tidak dibincangkan oleh kabinet dan juga tidak pernah mendapat kelulusan kabinet. 

Memandangkan hutang 1MDB bukan secara rasmi pinjaman kerajaan, maka ianya telah tidak dilaporkan kepada Parlimen. Sudah tentu keadaan ini adalah sangat pelik kerana hutang yang dijamin oleh pihak kerajaan sepatutnya mesti mendapat kebenaran Parlimen, terutama sekali jika jumlah yang terlibat adalah sangat besar.  

Hutang 1MDB Berkembang Cepat[4]

Pengurusan 1MDB mempunyai cita-cita tinggi untuk 1MDB dan oleh itu memerlukan dana yang banyak. Ia telah melaksanakan eksesais pengumpulan dana dengan bantuan AmInvestment Bank yang menjadi pengatur utama dan fasilitator dengan menjual bon untuk memperolehi RM5 bilion.[5] Kadar bunga yang dikenakan ialah 5.75% dan sebahagian daripada dana ini iaitu sebanyak RM3.4 bilion telah digunakan untuk melabur dalam sebuah projek usahasama di antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI). 

Namun terdapat beberapa laporan yang menyatakan bahawa bukan semua ahli lembaga 1MDB berpuas hati dengan pelaburan tersebut. Ini mungkin kerana terdapat beberapa arahan dari lembaga syarikat yang tidak dipatuhi apabila duit yang begitu banyak telah dipindahkan ke sebuah syarikat yang tidak diketahui dengan jelas dari segi sejarah dan prestasinya. Bahkan ada laporan yang menyatakan bahawa pengerusinya yang pertama iaitu Tan Sri Bakke Salleh telah meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan cara urusniaga ini dijalankan.

Namun, pengarah urusannya pada masa itu, En Shahrol Halmi telah menerangkan kemudian bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana beliau menurut perintah pengerusi lembaga penasihat 1MDB iaitu Perdana Menteri sendiri, yang berkuasa penuh ke atas 1MDB termasuk dalam urusan pelaburannya menurut artikel 117 dalam penubuhannya dan dalam perlantikan ahli lembaga pengarah syarikat.[6] 

Untuk mendapatkan dana lagi bagi operasi seterusnya melalui eksesais penjualan bonnya, 1MDB telah menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat kewangan antarabangsa yang terkenal iaitu Goldman Sachs. Oleh kerana 1MDB mahukan wang yang banyak dengan cepat, maka Goldman Sachs telah menggunakan kaedah yang dilaporkan tidak mematuhi peraturannya sendiri kerana ia meletakkan Goldman Sachs dalam keadaan risiko yang luar biasa.[7] Namun demikian, pengurus Goldman Sachs bagi rantau Asia pada masa itu iaitu Tim Leissner telah tidak dapat menolak prospek pulangan yang sangat lumayan hasil dari urusniaga ini.

Oleh yang demikian, beliau telah bersetuju untuk mengatur penjualan bon 1MDB sebanyak tiga kali oleh Goldman Sachs pada tahun 2012 sehingga tahun 2013 yang berjumlah USD6.5 billion. Satu laporan mengatakan Goldman Sachs telah mengaut keuntungan dalam bentuk fi, komisen dan lain-lain kepadanya sebanyak USD593 juta atau 9.1 peratus daripada jumlah urusniaga. Ini adalah satu kadar pulangan yang sangat tinggi kerana biasanya bank pelaburan akan hanya mendapat pulangan pada kadar 5 peratus daripada jumlah urusniaga. 

Kadar bunga yang dikenakan ke atas pinjaman berjumlah USD6.5 bilion itu juga sangat mahal iaitu 5.9% jika dibandingkan dengan kadar 3% yang dikenakan kepada pinjaman oleh pihak kerajaan secara langsung. Oleh itu, ramai yang mempersoalkan kenapa 1MDB membayar komisen dan interest (bunga) yang begitu tinggi di atas pinjaman yang dijamin oleh kerajaan Malaysia. 

Sebenarnya pihak Goldman Sachs sendiri telah menyiasat urusniaga luar biasa ini dan susulan dari siasatan tersebut, Tim Leissner telah meletakkan jawatan. Ini adalah berkait dengan tindakan Tim Leissner yang tidak mematuhi peraturan Goldman Sachs dengan membekalkan satu surat referee kepada sebuah firma kewangan lain berkenaan Jho Low.[8] 

Hutang 1MDB juga diperolehi daripada sumber yang diatur oleh beberapa bank lain iaitu Deutsche Bank dan JPMorgan[9]. Menurut laporan PAC yang dibentang ke Parlimen pada bulan April 2016, jumlah hutangnya meningkat menjadi hampir RM50 bilion pada bulan Januari 2016. 

Salah satu sebab kenapa hutang 1MDB meningkat dengan cepat ialah kerana ia tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membayar bunga atau interest (bunga) hutangnya mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan pemiutang. Sebagai contoh menurut laporan PAC, bunga atau interest atas tanggungan 1MDB antara tempoh 1 April  2014 sehingga 31 Mac 2015 adalah sebanyak RM3.3 bilion.[10] Ini adalah jumlah yang amat besar dan oleh itu 1MDB telah terpaksa berhutang untuk memperolehi dana untuk membayar bunga atau interest tersebut.

1MDB juga telah dilaporkan terpaksa menjual aset berjumlah USD1 bilion (RM3.7 bilion) untuk menjelaskan hutangnya kepada sebuah bank dari Jerman. Akibat daripada episod-episod di atas, maka 1MDB telah dianggap oleh pakar industri kewangan sebagai sebuah syarikat yang sangat bermasalah. Bahkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Wahid Omar sendiri semasa masih bertugas sebagai menteri pernah mengaku bahawa cara 1MDB beroperasi adalah tidak mampan (unsustainable) kerana ianya menggunakan kaedah modal yang rendah tetapi berhutang dengan begitu banyak.[11] 

Persoalannya, bagaimana BNM telah membenarkan 1MDB berhutang dengan begitu banyak daripada institusi kewangan luar negara? Jawapannya adalah amat mudah iaitu kebenaran mutlak terhadap permohonan untuk mendapatkan pinjaman yang banyak daripada sumber luar negara adalah di tangan Menteri Kewangan Malaysia. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kenapa urusniaga ini boleh dilakukan dengan senang kerana Menteri Kewangan juga adalah orang yang paling berkuasa di 1MDB iaitu sebagai pengerusi lembaga penasihatnya. 

Pelaburan Oleh 1MDB

Dengan duit yang dihutang berjumlah puluhan bilion itu, 1MDB telah melakukan beberapa pelaburan. Antara lain ialah RM18 bilion untuk membeli stesen janakuasa Tanjung (sekarang dikenali sebagai Powertek) daripada Ananda Krishnan, Genting Sanyen Power (sekarang dinamakan Kuala Langat Power Plant) dan Jimah Energy. Namun, harga belian bagi Genting Sanyen dan IPP milik Ananda Krishnan adalah sangat mahal kerana 1MDB juga membayar RM6 bilion untuk hutang yang belum dibayar.

Dalam kes pembelian Genting Sanyen dan Tanjung Energy pula, memandangkan lesen operasi kedua-dua syarikat hampir berakhir, maka sepatutnya 1MDB boleh membelinya dengan harga yang lebih murah. Mengapa 1MDB sengaja membayar harga yang begitu mahal? Adakah kerana penjual akan memberi sesuatu pulangan kepada pembeli susulan transaksi tersebut? 

Satu laporan menyatakan bahawa Genting telah membekalkan wang kepada UMNO sebelum PRU13 dengan banyak dan itu merupakan sumbangan daripada Genting kepada UMNO kerana diberi keuntungan yang banyak oleh 1MDB dalam urusniaga pembelian stesen janakuasanya.[12] Ini kerana, beberapa bulan sahaja selepas penjualan stesen janakuasanya, sebuah syarikat milik Genting Berhad iaitu Genting Plantations Bhd telah memberi derma sebanyak USD10 juta (lebih kurang RM40 juta) kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia, sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri DS Najib. 

Yayasan Rakyat 1Malaysia adalah salah satu dari beberapa pertubuhan kerajaan yang aktif berbelanja melalui penajaan pelbagai aktiviti sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang telah diadakan pada bulan Mei 2013, terutama sekali di Pulau Pinang. Bahkan DS Najib telah melawat Pulau Pinang semasa kempen PRU13 dan mengumumkan Yayasan Rakyat 1Malaysia akan mendermakan RM2 juta untuk dua buah sekolah China.[13] 

Di samping urusniaga di atas, 1MDB juga terlibat dalam beberapa urusniaga lain yang dirancang dengan cara yang sangat licik untuk menjana keuntungan lumayan bagi membantunya membayar hutang-hutangnya. Di antara caranya ialah memperolehi aset kerajaan pada harga yang sangat murah dan kemudian menjual pada harga yang sangat tinggi. Contoh adalah penjualan tanah kerajaan di Jalan Tun Razak yang berkeluasan 70 ekar.[14] Pada mulanya tanah tersebut telah dirancang untuk diusahakan oleh sebuah agensi kerajaan bagi membina kedai-kedai untuk dijual kepada usahawan Bumiputera.

Namun demikian, setelah 1MDB diwujudkan, tanah tersebut telah dijual kepada 1MDB pada harga RM320 juta iaitu pada kadar RM60 sekaki persegi. Kadar harga ini adalah sangat murah berbanding tanah di sekitar kawasan tersebut yang dijual baru-baru ini pada harga RM7,000 sekaki persegi. Para penganalisa hartanah menyatakan sepatutnya 1MDB membayar di antara RM3,000 sehingga RM4,000 bagi satu kaki persegi untuk tanah di Jalan Tun Razak tersebut. Harga jualan yang murah kepada 1MDB bermakna kerajaan telah mengalami kerugian yang banyak demi menjana pendapatan dan keuntungan kepada 1MDB.

1MDB kemudiannya telah menjual sebahagian daripada tanah tersebut kepada Tabung Haji. Apa yang menarik ialah pembayaran telah dilakukan dengan begitu cepat, iaitu sebelum pemindahan hak milik diselesaikan. Ini menimbulkan tandatanya sama ada 1MDB sangat memerlukan bantuan Tabung Haji untuk membekalkan dana dengan segera kepadanya untuk menjelaskan hutangnya yang begitu banyak. 

Namun, oleh kerana pengarah urusan Tabung Haji juga adalah salah seorang pengarah di 1MDB, maka timbul persoalan sama ada wujud keadaan 'konflik kepentingan' (conflict of interest) dalam urusniaga ini. Urusniaga ini juga telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat sama ada duit simpanan Tabung Haji telah dan akan digunakan pada masa hadapan untuk membantu menyelesaikan masalah syarikat 1MDB. 

Satu lagi kes penjualan tanah kerajaan kepada 1MDB ialah tanah di Lapangan Terbang Sungai Besi seluas 486 ekar yang dijual pada harga RM90 sekaki persegi. Harga pasaran tanah tersebut dilaporkan sekitar RM2,000 sekaki persegi. 1MDB kemudiannya telah menubuhkan sebuah syarikat untuk memajukan tanah tersebut yang dinamakan Bandar Malaysia. Ia kemudian menjual 60% daripada pemilikannya dalam projek itu kepada China Railway Engineering Corp (CREC), sebuah syarikat milik kerajaan Cina dan sebuah syarikat Malaysia iaitu Iskandar Waterfront Holdings (IWH) pada harga RM7.41 bilion.[15] 

Terdapat beberapa persoalan yang timbul berkenaan urusniaga ini. Antaranya, CREC telah mengumumkan bahawa nilai pembeliannya hanya RM5.28 bilion sahaja dan bukan RM7.41 bilion. 1MDB menyatakan bahawa harga yang tinggi itu adalah kerana beberapa tanggungan telah dipindahkan kepada CREC termasuk hutang bernilai RM2.4 bilion dan tanggungjawab memindahkan kemudahan tentera udara Malaysia ke beberapa tempat lain.[16] Ini juga satu tindakan yang memeranjatkan kerana kerajaan tidak sepatutnya memberi tangunggjawab pemindahan kemudahan tentera udara Malaysia kepada sebuah syarikat milik kuasa asing. 

Pemindahan Wang 1MDB Ke Luar Negara Yang Kemudian Disonglap 

Bermula dari tahun 2009, 1MDB telah memindahkan wang dari Malaysia ke luar negara di mana ada syarikat yang menerima wang pelaburan itu didaftarkan di Cayman Islands iaitu sebuah pusat kewangan pesisir pantai. Umum mengetahui bahawa penggunaan syarikat di pusat kewangan pesisir pantai biasanya dilakukan oleh organisasi atau individu yang ingin merahsiakan urusniaga atau pemilikan dana mereka kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang kurang ketat dan membenarkan urusniaga seperti ini. 

Akhbar antarabangsa the Guardian melaporkan bahawa pemindahan ini adalah sepatutnya untuk tujuan pelaburan di dalam usahasama dengan sebuah syarikat bernama Petrosaudi, sebuah syarikat yang didaftarkan di London. PetroSaudi sepatutnya menyumbang USD1.5 bilion dalam bentuk asset sementara 1MDB akan memasukkan wang tunai berjumlah USD1 bilion.[17]   

Menurut akhbar itu lagi, apa yang berlaku ialah 1MDB telah memindahkan USD300 juta ke satu akaun milik usahasama 1MDB dan PetroSaudi tetapi USD700 juta telah dihantar ke satu akaun bank di Zurich, Switzerland bernama RBS Coutts, di mana akaun itu adalah di bawah kawalan sebuah syarikat bernama Good Star yang beribu pejabat di kepulauan Seychelles tetapi didaftarkan di Cayman Islands. 

Namun, siasatan oleh beberapa pihak menunjukkan bahawa syarikat Good Star adalah dimiliki oleh Jho Low, dan bukannya PetroSaudi. Ini bermakna beberapa orang pegawai 1MDB telah memberikan maklumat palsu kepada bank RB Couttts tentang pemilik sebenar syarikat Good Star. 1MDB tidak pula memberi penerangan apakah tujuan wang tersebut dipindahkan ke akaun Good Star. Oleh itu, adalah disyaki bahawa wang ini kemudiannya telah dicuri oleh Jho Low dan beberapa individu lain yang mempunyai hubungan dengan Jho Low.

Jawatankuasa Akaun Parlimen Malaysia atau PAC dalam laporannya berkenaan 1MDB juga telah melaporkan bahawa ia tidak tahu ke mana perginya wang berjumlah USD3.5 bilion yang telah dipindahkan oleh 1MDB ke sebuah syarikat pesisir pantai bernama Aabar BVI yang didaftar di British Virgin Islands.[18]  Dana ini telah diperolehi dari penjualan bon 1MDB termasuk USD1.4 bilion yang diperolehi pada tahun 2012 dengan bantuan syarikat Goldman Sachs. 1MDB juga telah membuat beberapa bayaran iaitu USD855 juta, USD993 juta dan USD295 juta sebagai deposit sekuriti serta jaminan lain untuk bond tersebut kepada syarikat Aabar BVI.[19]

Tetapi syarikat Abu Dhabi bernama IPIC yang sepatutnya menerima bayaran itu melalui anak syarikatnya bernama Aabar Investments PJS, telah menafikan sebarang hubungan dengan Aabar BVI. Oleh itu, apa yang kemungkinan telah berlaku ialah satu penipuan telah berlaku di mana wang telah disalurkan kepada syarikat yang salah walaupun namanya lebih kurang serupa. Oleh itu, dana tersebut mungkin juga telah disonglap oleh dua individu yang merupakan rakan perniagaan kepada Jho Low.[20] 

Jika memang benar penipuan telah berlaku dan wang tersebut di atas telah disonglap, maka 1MDB akan mengalami masalah untuk membayar hutangnya. Sudah tentu beban ini akhirnya akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.   

Pendedahan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)[21] 

Terkini adalah isu pengumuman oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (Department of Justice atau DOJ) pada 20 Julai 2016 bahawa mereka akan berusaha untuk merampas aset berjumlah lebih USD1 bilion daripada beberapa orang rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan 1MDB dan juga PM iaitu Jho Low dan Riza Aziz. Tindakan tersebut dilakukan di bawah program yang dinamakan 'Inisiatif Mendapatkan Balik Aset dari Pemerintah Yang Mencuri Duit Rakyat' (Kleptocracy Asset Recovery Initiative).[22]   

Menurut DOJ, aset-aset tersebut telah diperolehi dengan cara yang haram daripada 1MDB. Di antara aset yang bakal dirampas ialah beberapa hotel mewah, beberapa hartanah di Manhattan (New York), Beverly Hills (Los Angeles) dan London,  hasil seni yang berharga, sebuah jet peribadi serta hak kepada pulangan dan royalti daripada filem Hollywood "The Wolf of Wall Street" yang dikeluarkan pada tahun 2013. Aset-aset berkenaan adalah dimiliki oleh beberapa individu termasuk Jho Low and Riza Aziz secara peribadi atau melalui syarikat milik mereka. 

Menurut Andrew McCabe, Timbalan Pengarah FBI di dalam satu temuramah dengan pihak akhbar, "…Rakyat Malaysia telah ditipu pada skala yang sangat besar". Rampasan aset ini juga adalah yang terbesar oleh unit anti rasuah DOJ.​ 

DOJ telah memberi maklumat terperinci bagaimana wang sebanyak USD681 juta (atau lebih dari RM2 bilion) telah dimasukkan ke dalam akaun seorang individu yang disebut sebagai 'Malaysian Official 1' iaitu seorang pegawai tinggi Malaysia yang juga memegang jawatan berpengaruh dalam syarikat 1MDB. Akhbar antarabangsa hampir kesemuanya meyakini bahawa individu ini tidak lain dan tidak bukan ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Ini kerana laporan DOJ juga menyatakan bahawa individu ini mempunyai hubungan persaudaraan dengan Riza Aziz yang juga adalah anak sulong isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. 

Menurut DOJ, wang tersebut telah diperolehi dari penjualan bon sebanyak USD3 bilion oleh 1MDB untuk membiayai pembangunan projek usahasama Abu Dhabi-Malaysia iaitu projek 'Tun Razak Exchange'. Namun, projek berkenaan telah tidak dilaksanakan. Apa yang sebaliknya berlaku ialah 1MDB Global, iaitu sebuah anak syarikat kepada 1MDB, telah menerima wang sebanyak USD1.59 bilion ke dalam akaunnya di BSI Bank Lugano, Switzerland pada 21 Mac 2013.

Pada hari yang sama juga, wang sebanyak USD1.5 bilion telah diagihkan kepada tiga tabung pelaburan iaitu Devonshire (BVI), Enterprise (Curacao) dan Cistenique (Curacao). Tabung pelaburan tersebut kemudiannya telah memindahkan wang berjumlah USD835 juta ke akaun Tanore Finance di Falcon Bank Singapore. Kemudian, sebanyak USD620 juta telah dipindahkan dari akaun ini ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank. Pada 25 Mac, sekali lagi wang telah dipindahkan ke akaun yang sama tetapi kali ini berjumlah USD61 juta. 

DS Najib mengaku menerima wang sebanyak RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya di Amprivate Bank dari seorang putera raja Saudi. Namun penerangan ini jelas bertentangan dengan laporan DOJ. Dalam erti kata yang lain, DOJ melalui laporannya telah menyatakan secara tidak langsung bahawa DS Najib telah menipu rakyat Malaysia apabila menyatakan bahawa duit yang diperolehi dalam akaun peribadinya adalah satu derma daripada seorang putera raja Saudi.[23]   

DOJ juga turut menyatakan di dalam laporannya bahawa 1MDB telah melakukan pelaburan dalam sebuah syarikat bernama 1MDB PetroSaudi Ltd, iaitu sebuah syarikat usahasama di antara PetroSaudi International Ltd dan 1MDB. Namun demikian, di antara tahun 2009 dan 2011, syarikat tersebut  telah memindahkan wang berjumlah USD1 bilion ke sebuah syarikat yang didaftarkan di kepulauan Seychelles bernama Good Star Ltd. 

Syarikat Good Star ini telah dimaklumkan kepada Lembaga 1MDB sebagai anak syarikat PetroSaudi walhal sebenarnya seperti yang diterangkan sebelum ini, ianya dimiliki dan dikuasai sepenuhnya oleh Jho Low. Sebahagian daripada duit berkenaan iaitu sebanyak USD400 juta kemudiannya telah digunakan oleh Jho Low untuk membeli hotel Beverly Hills dan juga hotel L'Ermitage dan ini bermakna duit 1MDB telah tidak dilaburkan bagi pihak 1MDB. Sebaliknya, ia telah digunakan oleh Jho Low untuk memperkayakan dirinya sendiri. 

Selain itu, siasatan DOJ juga mendapati bahawa Jho Low telah membelanjakan sebahagian daripada duit berkenaan di kelab-kelab malam dan rumah perjudian bersama Riza Aziz dan seorang pelakon utama filem "Wolf of Wall Street".[24] Sebagai contoh, USD12 juta telah dibelanjakan di Caesars Palace, iaitu sebuah rumah perjudian yang masyhur di Las Vegas. Jho Low juga telah berbelanja sebanyak USD13.4 juta di rumah perjudian Venetian,  juga di Las Vegas.[25] 

Yang menjadi tanda tanya kepada ramai rakyat Malaysia ialah bagaimana pihak berkuasa di Amerika Syarikat dalam siasatannya boleh menjumpai urusniaga yang bertentangan dengan undang-undang dan penipuan pada skala yang begitu besar berjumlah berbilion-bilion Ringgit yang melibatkan Jho Low, Riza Aziz dan 'Malaysian Official 1', namun tindak tanduk ini tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa Malaysia? Bahkan Public Affairs Committee (PAC) di Parlimen Malaysia yang menyiasat perkara ini pada awal tahun lalu juga telah gagal untuk memanggil Jho Low untuk menjadi saksi dalam penyiasatannya walaupun Jho Low adalah seorang yang sangat penting dalam kes ini. 

Apa yang sangat mendukacitakan ialah wang yang dicuri oleh Jho Low dan Riza Aziz ini sebenarnya adalah wang yang dipinjam oleh 1MDB dan dijamin oleh kerajaan. Oleh itu, kesannya nanti akan dirasai oleh rakyat Malaysia apabila kerajaan tidak mampu untuk membayar balik hutang-hutang 1MDB tersebut. Oleh yang demikian, sepatutnya pihak berkuasa Malaysialah yang bertanggungjawab mendakwa Jho Low, Riza Aziz dan Malaysian Official 1 berkaitan aktiviti mengubah wang haram dan penipuan tersebut. 

Selain itu, Datuk Shahrol Halmi pengurus 1MDB yang bertanggungjawab membuat keputusan memindahkan wang 1MDB ke pihak-pihak yang menipu 1MDB juga harus didakwa. Ini terutama sekali kerana salah satu dapatan dari siasatan PAC ialah bahawa Datuk Shahrol bertanggungjawab membuat keputusan dalam urusniaga yang mengakibatkan hutang 1MDB menjadi begitu tinggi serta sering kali tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah 1MDB.

Namun, setakat ini beliau masih tidak didakwa. Malah tidak seorang pun ahli lembaga pengarah 1MDB didakwa. Datuk Shahrol menyatakan bahawa beliau telah tidak melakukan apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang. Ini mungkin kerana setiap tindak tanduk beliau adalah berdasarkan arahan bertulis DS Najib selaku orang yang paling berkuasa dalam 1MDB seperti yang tertera dalam artikel 117 Memorandum Syarikat 1MDB. 

Ramai berpendapat bahawa tindakan DOJ akan disusuli oleh pendakwaan jenayah terhadap mereka yang terlibat di dalam kes ini termasuk Jho Low, Riza Aziz dan mungkin juga DS Najib selaku Malaysian Official 1. 

Kerajaan telah membuat keputusan bahawa 1MDB akan diletakkan sepenuhnya di bawah Kementerian Kewangan dan Lembaga Pengarahnya akan dibubarkan. Oleh itu, segala hutang 1MDB yang berjumlah RM50 bilion pada awal tahun 2016 akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. 

Terkini akhbar online Malaysiakini telah melaporkan satu tuduhan bahawa Perdana Menteri DS Najib akan cuba melangsaikan hutang 1MDB dengan kerjasama kontraktor utama projek double-track East Coast Rail Project (ECRP) iaitu China Communications Construction Company (CCCC), sebuah syarikat milik kerajaan Republik Rakyat China.[26] Caranya ialah dengan meningkatkan kos projek dari RM30 bilion menjadi RM60 bilion. 

Syarikat ini kemudiannya akan menggunakan keuntungan terlebih yang diperolehinya untuk membantu kerajaan Malaysia melangsaikan hutang 1MDB. Sama ada tuduhan ini berasas atau tidak belum dapat dipastikan oleh mana-mana pihak buat masa ini. Tetapi jika ia benar, ini bermakna rakyat masih akan menanggung beban membayar hutang kerajaan akibat kos pembinaan projek double-track East Coast Rail Project (ECRP) yang telah sengaja ditingkatkan. 

Apakah Pengajaran Dari Kisah 1MDB? 

Sebenarnya ada terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah 1MDB ini. Artikel ini hanya akan membincangkan beberapa pengajaran sahaja seperti berikut: 

1. Kepentingan prinsip tadbir urus organisasi yang baik dan telus 

Prinsip tadbir urus yang baik dan telus amat penting dalam pentadbiran sesebuah organisasi terutama sekali jika ianya melibatkan organisasi awam di mana wang yang terlibat adalah milik rakyat dan berpotensi mengakibatkan beban kewangan kepada rakyat jika tidak diurus dengan baik. Dalam kes 1MDB, prinsip ini tidak digunakan dan salah satu puncanya ialah kerana kuasa mutlak terletak di tangan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat dan bukan di tangan Pengerusi Lembaga Pengarah. 

Isu 1MDB perlu dilihat bukan dari segi politik sahaja. Sebenarnya mana-mana parti politik yang memerintah mesti menjalankan tanggungjawab dengan telus dan adil. Malangnya dalam kes ini, kerajaan seolah-oleh ingin mengalih perhatian daripada isu sebenar (penyelewangan harta kerajaan dan pembebanan ke atas rakyat sebagai pembayar cukai’) dengan menggunakan isu politik serta isu lain termasuk isu kuasa politik orang Melayu Islam. 

2. Kepentingan wujudnya elemen semak dan imbang (check and balance) 

Satu mekanisme semak dan imbang perlu diwujudkan dalam pentadbiran kewangan negara di mana Perdana Menteri tidak sepatutnya juga memegang jawatan Menteri Kewangan. Jika ini berlaku, kuasa Perdana Menteri akan menjadi terlampau kuat dan tidak boleh dikawal apabila ianya disalahgunakan. 

Di samping itu, badan anti korupsi seperti SPRM sepatutnya diberi kebebasan melalukan penyiasatan tanpa terikat dengan mana-mana pihak, termasuk dengan Peguam Negara. Cadangan SPRM diletakkan dibawah kuasa Parlimen pernah diajukan semasa Abdullah Badawi menjadi PM tetapi tidak dilaksanakan atas tentangan sesetengah pihak. Kegagalan melaksanakannya lah sekarang dapat dirasai dalam kes 1MDB ini. 

Dalam keadaan sekarang, walaupun SPRM merasakan bahawa penyiasatan membuktikan korupsi telah berlaku, pendakwaan mungkin tidak dapat dilakukan jika Peguam Negara merasakan kes adalah tidak kuat kerana Peguam Negaralah yang memberi kata putus sama ada sesuatu pendakwaan boleh berlaku atau tidak.

Dalam kes 1MDB, ada dakwaan bahawa SPRM memang mahukan pendakwaan dilakukan terhadap PM. Namun PG Ghani Patail telah dilucutkan jawatan sebelum beliau sempat melaksanakan pendakwaan. Pengganti beliau Tan Sri Mohamad Apandi sehingga hari ini enggan mendakwa PM atau pun mana-mana individu yang terlibat dalam kes 1MDB. 

3. Bahayanya industri hutang 

Sistem riba yang diamalkan di negara kita dan serata dunia membenarkan individu, organisasi dan negara berhutang dengan banyak dan membayar bunga. Institusi kewangan memberikan hutang dengan banyak kepada organisasi yang dirasakan boleh membayar balik hutang tersebut. Sudah tentu organisasi milik kerajaan tergolong dalam kategori ini. Sebab itulah institusi kewangan sanggup memberi pinjaman sebanyak RM50 bilion kepada 1MDB kerana bunga yang akan diperolehi adalah sangat banyak juga. 

Malangnya, yang akhirnya akan menanggung beban membayar hutang tersebut adalah rakyat jelata termasuk yang miskin kerana cukai GST melibatkan semua rakyat Malaysia. Oleh itu, sistem riba perlu dihapuskan dalam jangka panjang jika kita mahu memastikan pemimpin negara disekat dari membuat negara terjebak dengan beban hutang. Sebenarnya masalah ini lebih serius di beberapa negara lain walaupun pemimpinnya tidak korup. Contoh terbaik adalah Jepun di mana hutang kerajaan sekarang telah mencecah 246% berbanding KNK negara (di Malaysia ianya di sekitar 55%). 

4. Kepentingan melantik pemimpin yang amanah 

Adalah sangat penting bagi rakyat memilih pemimpin yang bebas dari amalan korupsi. Ciri amanah, ikhlas dan telus mesti ada dalam kalangan pemimpin negara. Rakyat perlu memilih pemimpin berdasarkan kriteria yang digariskan oleh agama dan bukan berdasarkan wang ringgit atau material yang diberikan untuk membeli undi. 

Rakyat jangan senang diperdaya dengan wang atau apa-apa habuan yang diberikan oleh pemimpin politik untuk kesenangan yang cepat. Rakyat perlu berfikiran jauh dan perlu mempunyai prinsip hidup yang berpandukan agama untuk membezakan perkara yang baik dan buruk. Sekarang ini ramai rakyat yang memilih pemimpin yang sanggup memberi wang yang paling banyak kepada mereka. 

Ini akhirnya menimbulkan keadaan di mana muncul ramai pemimpin politik yang korup dan mencari jalan yang licik untuk menambahkan dana untuk tujuan politik di mana sering kali jalan yang digunakan adalah bertentangan dengan prinsip etika dan undang-undang. Rakyat perlu juga disedarkan bahawa peranan utama pemimpin politik adalah mengurus kerajaan dengan amanah dan telus. Bukan menjadi peranan utama mereka memberikan wang tunai atau lembu korban atau hadiah-hadiah lain secara langsung kepada rakyat. 

5. Keperluan merubah nilai masyarakat 

Nilai masyarakat perlu diubah supaya lebih menekankan prinsip Islam dan menjadikan kebahagiaan akhirat sebagai objektif kehidupan. Jika sebaliknya berlaku, iaitu rakyat lebih mementingkan dunia berbanding akhirat, maka bukan sahaja mereka akan melantik pemimpin yang tidak betul (iaitu yang hanya menguntungkan mereka secara peribadi dalam jangka pendek), mereka juga akan gagal untuk menyedari hakikat bahawa sistem riba adalah bahaya untuk diri mereka dan juga untuk generasi yang akan datang. Namun, proses menukar nilai masyarakat memerlukan usaha dakwah dan tarbiah yang gigih dari kalangan NGO dakwah seperti IKRAM serta individu-individu yang mempunyai kesedaran Islam. 

Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail (Ketua Biro Penyelidikan IKRAM)


Rujukan
[1] Sumber untuk bahagian ini adalah dari sini: http://www.1mdb.com.my/news-coverage/time-of-reckoning-for-1mdb

[2] Teknik ini juga dipanggil 'pengsekuritian'.

[3] Bidang kuasa pengerusi lembaga penasihat 1MDB  ini termaktub dalam artikel 117 syarikat 1MDB. Artikel ini telah dibuang susulan dari cadangan di dalam laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen Malaysia pada bulan April 2016.


[5] Bon adalah sijil pelaburan hutang yang dikeluarkan oleh peminjam yang berjanji untuk membayarkan sejumlah yang tertentu (nilai muka) pada tarikh yang tertentu kepada pembelinya (pemiutang), di samping bayaran faedah berkala. Versi yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai 'patuh syriah' dipanggil 'sukuk'.

[6] Ini merujuk kepada kenyataan En Shahrol Halmi sejurus selepas PAC  mengeluarkan laporan siasatanya pada bulan 7 April 2016 (http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/former-chief-shahrol-halmi-defied-orders-from-1mdb-board-pac)

[7] http://www.bloomberg.com/news/articles/2013-05-08/goldman-said-to-earn-500-million-arranging-malaysia-bond













[20] Mereka adalah Khadem Al Qubaisi, bekas pengarah urusan IPIC dan juga pengerusi Aabar serta Mohamed Badawy Al Husseiny, yang merupakan CEO kepada Aabar.


[22] Salah satu objektif program ini adalah menyekat aktiviti pengubahan wang haram (money laudering) di peringkat antarabangsa yang melibatkan institusi kewangan Amerika Syarikat. Oleh kerana hampir kesemua urusniaga 1MDB melibatkan penggunaan dolar Amerika, maka secara otomatik institusi kewangan Amerika akan terlibat dan oleh itu tindakan yang menyalahi undang-undang negara tersebut akan mengundang siasatan oleh kerajaan Amerika.

[23] Perlu dinyatakan bahawa akhbar Wall Street Journal telah lama menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah menerima wang RM2.6 bilion yang dipercayai adalah wang daripada 1MDB. Namun, sehingga hari ini DS Najib telah tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.

[24] Ramai yakin bahawa beliau adalah bintang filem Hollywood bernama Leornado Di Caprio.

[25] Berdasarkan maklumat yang dimaklumat yang diperolehi dari sumber di atas, adalah dianggarkan bahawa Jho Low telah berbelanja sebanyak  USD1,011,734,281 atau RM 4,106,578,860 (sumber: http://cilisos.my/how-much-money-has-jho-low-spent-since-2009-we-try-to-calculate/)



Sumber : PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA


15 January 2013

Hot! Makcik Dikocok Kocok

Aku tak ble bayang mak sapa la.. nih sure lepas gian nyanyi karaoke... ataupon mude2 dulu dia ni penyanyi hehehe... punya feeling dia nyanyi sampai tertonggek2.. agak2 anak dia dgn laki dia bagi sokongan tak masa dia tengah sakan berkarok ni :p ape2 pon layankan video kat bawah ni... santaiiii




16 December 2012

Bakal Keuntungan Saman AES ialah RM 82 Juta!!



Mak aiiii... last time yang aku perasan AES dah berjaya capture lebih kurang 60,000 pesalah jalanraya.. bukak metro online hari ni dah jadi 274,000!! maknanya kalau kesemua 274,000 saman tu dijelaskan dengan setiap saman bernilai RM300, secara sifirnya kerajaan dgn pengendali akan berjaya collect RM 82,200,000.00 dlm sebutannya pulak LAPAN PULUH DUA JUTA DUA RATUS RIBU!! huiyoooooooooo kaye gile gomen aku camni hahahahahaha.

Hish bukan niat asal nak mendidik pengguna jalanraya ke? apsal kat sini aku nampak macam niat nak kaut duit rakyat je? utk makluman korang takat ari ni yg dah jelaskan saman ada 10,000 orang. maknanya takat ari ni dorang dah berjaya kutip RM 3,000,000.00 banyak jugak tuuuuu....

So pepandai la korang pikir samada kita ni DIDIDIK atau DITIPU? hehehe

wakenabeb lagi!! :p

Sumber : Metro Ahad



KANTOI! TV3 akhirnya mengaku visual 'PELESIT JALANAN' adalah dirancang!!


Printscreen TV kat atas ni korang boleh baca sendiri. Betul atau tidak korang boleh buat penilaian sendiri, cuma kalau betul nak tergelak sebab tengok Maizidul Akmal Sidik jenuh pusing sana pusing sini tak nak mengaku.. siap sape yang masuk blog dgn fb dia kasik komen2 pedas abis semua kene remove + banned!! satu je aku tau abis la kredibiliti dia lepas ni.. sebelum ni pong pang pong pang duk citer pasal etika kewartawanan la bagai..penah host rancangan 360 yang tak tahan tuu.. hehehe.. sorry la der lepas ni agak susah nak percaya wartawan TV3.. walaupon aku tau TV3 skrg banyak dah tak sebulu dgn rakyat.. tp aku pikir ade sesetangah wartawannye still ade kredibiliti... tapi.. nampaknya semua itu dusta belaka hehehe... WAKENABEB!!

kesian mamat 2 org rider yg tolong TV3 buat adegan utk rancangan tu.. tak pasal2 dapat title PELESIT!! tu la.. ntah ape la dorang kene kencing sampai setuju utk buat pengambaran rancangan tu.. ish ish ish.. Elok nak kejar rating.. last2 org tau jugak yang mane 1 kaca.. yang mane 1 berlian..

Harap TV lain dapat ambik iktibar... keje tu biar ikhlas takyah muhung sana muhung sini... kot ye pon rating dah turun takyah la sampai create citer sendiri pasal nak bg naik rating balik.. rakyat sekarang bukan nye bangang.. bila citer pasal satu2 bende terus percaye.. dorang dah pandai selidik... lepas tu publish kat fb... and then ZASSSSS... KANTOIIIII wa cakap luuuuu... hehehe

video di bawah adalah video yang dimaksudkan :)



sumber gambar: zon2u.comfacebook TV3

17 July 2012

Video Polis Belasah Remaja Dalam Lokap!!




SKL: Aku tatau la budak2 tu maybe ada buat tak betul cam merempit ke.. merompak ke.. tp tak payah la sepak terajang sampai camtu... setau aku seseorang tu masih lagi tak bersalah sehingga dibuktikan bersalah... dulu dah ade kes tahanan mati dalam lokap... cukup2 la tu... dakwa je la... polis jugak yg ckp kat org awam jgn amik tindakan sendiri... ni nmpknye korang yg melebih2... hakim tak buat keputusan lg pon kowang dah jatuhkan hukuman kat dorang... benda2 cmni la buat org semakin kurang respek kat anggota polis... yg buat tu sorang dua je... tp impaknye kene kat semua anggota polis... so sendiri mau ingat la kalau xde org nak respek anggota polis lepas ni.. peaceeee!!

sumber: milosuam

11 July 2012

Video 'Imam Mahadi' Mengamuk Di Jabatan Perdana Menteri





Pada 9/07/2012 jam 1430 bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai. Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan. Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM. Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya. Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah. Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan suspek. Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya. Didapati suspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan. Saspek lelaki telah meninggal di hospital. Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

SKL: insiden ni betul2 mengejutkan aku.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 mukmin... 

9 July 2012

3 Selebriti Murtad!!


Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.

Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan. -yahoo.news

SKL: jangan plak artis kat Malaysia ni ikut mcm dorang plak :)

addthis